MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa“Jiran sepakat membawa berkat”.Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya apakah faedah di sebalik cogan kata “jiran sepakat membawa berkat “?.

Akur – bersetuju
Aspirasi – cita-cita/keinginan
Bejat – gawat
Bergegas – membuat sesuatu dengan cepat
Bergelandangan – berpelesiran
Bermaharajalela – berleluasa
Dana – modal
Diksi – pemilihan kata
Diagnosis – mengenal pasti
Dinamis – berdaya saing
Diuar-uarkan – dicanangkan
Duri dalam daging – sesuatu yang menyakitkan
Emansipasi – hak kebebasan
Falsafah – pemikiran
Fasilitator – pemudah cara
Fenomena – perkara
Fleksibel – mudah diubah suai
Global – dunia seluruhnya
Hedonisme – hidup terlalu bebas
Iltizam – harapan tinggi
Imej – penampilan
Impak – kesan
Ironi – keadaan pertentangan
Julung-julung – kali pertama
Karisma – penampilan
Kental – kuat
Kemelut – masalah
Keunggulan – keistimewaan
Kepupusan – kehilangan
Kerakusan – haloba/gelojoh
Ketandusan – tidak ada
Kewibawaan – keupayaan
Khazanah – harta benda
Kolot – ketinggalan zaman/kuno
Komitmen – kesungguhan
Konflik jiwa – pergolakan jiwa
Konkrit – kukuh
Kontemporari – sesuai dengan keadaan
Konotasi – idea yang dimaksudkan
Konvensional – cara lama
Kritikal – serius
Kudus – suci
Lumrah – kebiasaan
Manifesto – pendirian
Maslahat – faedah
Membarahi – melanda
Membolosi – memasuki secara haram
Mencanai – melahirkan
Mencungkil – mencari
Mengaibkan – memalukan
Mengundang – menjemput supaya dating
Menjana – menghasilkan
Menuding jari – menyalahkan orang lain
Menyarankan – mencadangkan
Menyuntik – memberi
Meraikan – menjayakan/merayakan
Meranapkan – menghancurkan
Merealisasikan – menjadi kenyataan
Merencatkan – menggagalkan
Mutakhir – terkini
Nadi – penggerak
Nafsi – mementingkan diri sendiri
Nasi belum menjadi bubur – belum terlambat
Norma – adat
Pancaroba – keadaan yang kacau
Panji – lambang kedaulatan/bendera
Perdana – utama
Perisai – pertahanan
Persada – arena/gelanggang
Perspektif – tanggapan
Reformasi – perubahan
Releven – sesuai
Sayugia – harus/patut
Seantero – seluruh
Senario – keadaan
Sesi – tempoh masa
Tampil – keluar
Tonggak – asas/dasar
Total – menyeluruh
Tragis – sedih
Tuntasnya – keseluruhannya

Cara untuk mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Marcapada ini, masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam aman dan harmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India ini terjalin erat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu. Idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib B. Tun Abd. Razak tentang slogan “1 Malaysia” telah membawa negara kita ke arah satu anjakan paradigma dan mengubah cara hidup masyarakat majmuk yang tinggal di negara Malaysia. Namun begitu, apakah prakarsa-prakarsa yang harus dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara kita?

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

Dasawarsa ini, isu kemalangan jalan raya yang semakin meruncing sering menjadi fokus perbincangan dan mauduk utama akhbar-akhbar tempatan di Malaysia. Keadaan ini semakin merunsingkan apabila banyak kejadian yang melibatkan kemalangan jiwa berlaku. Justeru, sebelum, nasi sudah menjadi bubur, langkah-langkah pragmatik perlu diimplimentasikan bagi mengatasi masalah ini.

Pertama, penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dengan lebih tegus dan tegas. Peraturan-peraturan jalan raya seharusnyan dikaji semula dan ditambah baik bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara. Penguatkuasaan undang-undang seperti larangan perjalanan bas ekspres pada waktu malam seharusnya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, bukannya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Aman, kes kemalangan melibatkan bas ekspres menurun dengan rancaknya sebanyak 15.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008 selepas undang-undang tersebut dilaksanakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya penguatkuasaan undang-undang, kadar kemalangan dapat diminimumkan.

“Adalah menjadi harapan saya agar rakyat Malaysia akan sentiasa beringat dan berwaspada semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Bersama kita jadikan jalan raya kita jalan yang selamat”.

Demikianlah sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim di Putrajaya baru-baru ini. Peribahasa alah bisa tegal biasa kini telah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia memandangkan saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan berita-berita kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Walaupun OPS Sikap XIII sempena Aidilfitri baru-baru ini berjaya mengurangkan kes kemalangan maut daripada 213 kes kepada 203 kes, namun statistik masih menunjukkan bahawa kemalangan keseluruhan pada tahun ini meningkat sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya walaupun pelbagai pihak telah memainkan peranan mereka dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan daripada beberapa buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi.

Program yang dilaksanakan ini banyak mendatangkan manfaat. Melaluinya remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. Perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka.

PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Disiplin diri merupakan asas penting bagi sesuatu kejayaan. Masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan mendisiplinkan diri dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan fizikal.

1.Kekeluargaan

  • Ikatan kekeluargaan bertambah baik / amalan berziarah / bermaaf-maafan / dah lama tidak berjumpa / melepas rindu

2.Perpaduan

  • perayaan disambut bersama – tidak kira bangsa dan agama
  • kunjung mengunjung – sesama jiran / rumah kakitangan
  • sambutan peringkat kebangsaan – meriah .. semua rakyat malaysia terlibat

3. Pelancongan

  • pelancong ingin melihat keunikan yang terdapat di negara ini
  • cara perayaan disambut/ dilaksanakan
  • juadah hari raya – keistimewaan tersendiri

4. Peluang perniagaan

  • buka bazar ramadhan – peluang berniaga terbuka luas di seluruh negara -rezeki bulan puasa melimpah ruah
  • kunjungan bertali arus – menjual pelbagai juadah berbuka
  • jualan sempena hari raya oleh pasar raya – lipat ganda keuntungan
  • pendapatan sampingan – berniaga songkok , baju , tempahan menjahit baju dan langsir

Bazar Ramadan
Bazar Ramadan Salah satu fenomena yang dapat dilihat di negara dengan penduduk majoriti Islam pada bulan Ramadan pada umumnya adalah Bazar Ramadan. Menjelang waktu maghrib, dapat dilihat di tapak-tapak pasar malam atau kawasan lapang, gerai-gerai yang menjual juadah berbuka puasa. Bazar seperti ini biasanya diselenggara kerajaan setempat (majlis perbandaran atau pejabat daerah), namun ada juga bazar khas yang dianjurkan kerajaan negeri atau syarikat tertentu. Selain itu, pada siang hari bulan ini juga dapat dilihat para pedagang bermusim yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan yang menjaja pelbagai barangan dari makanan hinggalah pakaian, di tempat-tempat awam terutamanya di tepi-tepi jalan. Kesemua ini dapat menjana ekonomi kawasan terbabit

Nama lain bagi Tahun Baru Cina ialah Chunjie ( musim bunga )

Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat
Di Malaysia perayaan ini dirayakan oleh kaum Cina . Namun begitu apabila diadakan sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan semua kaum kaum turut terlibat.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Tarikh/Tempoh masa dirayakan
Pada kebiasaanya ia disambut pada setiap satu haribulan setiap tahun mengikut kalender Cina. (Hari Pertama setiap tahun mengikut kalender Cina)
Terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab

Tujuan perayaan
Perayaan tahun baru Cina melambangkan permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Latar Belakang

Sejarah/Asal usul perayaan
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Upacara khusus dalam perayaan
Selepas makan malam , kira-kira pukul 12.00 malam semua ahli keluarga akan bersembahyang di tokong atau rumah masing-masing untuk ucapan selamat kepada Tuhan . Sembahyang juga dilakukan pada waktu pagi hari Tahun Baru Cina.

Individu yang mengetuai upacara khusus
Sembahyang ini diketuai oleh datuk dan nenek setiap keluarga. Semua ahli keluarga akan bersama-sama dalam upacara ini.

Tempat khusus sambutan dijalankan
Tempat paling penting upacara perayaan ini ialah di Tokong dan di rumah.

Persiapan Sambutan Perayaan

Malam Tahun Baru Cina
Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni.
Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, sup, taukua, ikan ,khinzir,yu shang, tiram berkicap, dan lapan jenis sayuran yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shou sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar.
Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina( chun lian ).
Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

MAKANAN

  • Limau mandarin- Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.
  • Kuih bakul- Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan “kian tahun kian tinggi”.[2]
  • Mi-mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.
  • Gula-gula- Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam.

Hiasan BUNGA
Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.
Setiap bunga memiliki maksud tertentu.

  • Bunga plum- melambangkan tuah
  • Kumkuat- melambangkan kemakmuran
  • Bunga kekwa- melambangkan panjang umur
  • Buluh- tumbuhan digunakan sepanjang tahun
  • Bunga matahari- bermaksud tahun yang elok

HIASAN
Selalunya masyarakat Cina meletakkan perhiasan berupa gambar ikan . Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun.

  • Jongkong Yuanbao- melambangkan wang dan/atau kemewahan.
  • Tanglung- Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.
  • Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina.
  • Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simbul Cina, keratan kertas dan gurindam.
  • Tarian singa – Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI PERTAMA
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.
Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’.
Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.

PAKAIAN
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-2
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari “membuka tahun kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

PERAYAAN TAHUN BARU CINA KE-3
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai “mulut merah” chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-5
Di bahagian utara China, ladu (Cina Ringkas: jiǎozi) dijadikan sarapan pada pagi “pecah lima” (pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-7
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai rén rì, iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.

PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-9
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (tiān gōng) di tokong agama Tao.
Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai “tahun baru” suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.
Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-15
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié atau Chap Goh Mei.

Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut “Pesta Lampu”, kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.

Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.

Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.

Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan

TUAH BAIK

  • Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
  • Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
  • Gula-gula dan manisan dimakan untuk “memaniskan” nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
  • Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
  • Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
  • Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

NASIB MALANG (‘TUAH BURUK’)

  • Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi “kasut” sama bunyinya dengan perkataan “kasar” atau “sukar”.
  • Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi “seluar” sama bunyinya dengan “pahit”. (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi “seluar” dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan “kaya”.)
  • Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai “memotong hasil dalam bahasa Kantonis”.
  • Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
  • Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
  • Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
  • Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi “buku” sebunyi dengan perkataan bagi “kalah

[source]

Hari Raya Aidilfiti
Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.


Tahun Baru Cina
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepadamereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

 

Perayaan Deepavali
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.

Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

 

Perayaan Gawai Dayak
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.

 

Perayaan Tadau Keamatan
Merupakan perayaan masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut Tadau Kaamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berturut-turut. Malam pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh ‘bobohigan’ dan beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua, upacara ‘habot’ iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian ‘Sumazau’ dan ‘Megalang’ sambil meminum air tapai.

 

Perayaan Krismas
Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni. Bungkusan-bungkusan hadiah diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka. Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.

 

Pesta Songkran
Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Masyarakat Siam di Kelantan turut menyambut perayaan tahun baru ini. Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta Songkran. Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas. Sekiranya mengikut kalendar masihi, pesta Songkran ini disambut pada pertengahan bulan April.

Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai. Kebetulan pesta Songkran ini adalah jatuh pada hari yang terpanas dalam satu tahun.

Dalam konteks, Negara Malaysia yang berbilang kaum, kebudayaan dan adat resam, pesta Songkran menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan dengan penyertaan pemimpin-pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum. Semangat dan nilai-nilai murni yang sejagat dalam Perayaan Songkran seperti berbudi bahasa, menghormati budi dan penghargaan terhadap orang tua, bersopan santun dan bersyukur adalah nilai teras pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa.

Fakta Rokok Global

  • Jumlah perokok seluruh dunia dianggarkan sekitar 1.15 bilion orang.
  • Daripada jumlah itu, lebih 80 peratus perokok adalah di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
  • Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Dalam kalangan remaja di seluruh dunia yang berumur antara 13 dan 15 tahun, dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • Secara kasar, 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan separuh daripada jumlah itu di negara-negara Asia.
  • Di Amerika Syarikat mendapati kecenderungan kanak-kanak yang merokok untuk menjadi penagih dadah adalah 13 kali ganda berbanding kanak-kanak yang tidak kerap merokok!

FAKTA PEROKOK MALAYSIA

  • Fakta “Info Sihat” Kementerian Kesihatan mengenai senario dan tabiat merokok di Malaysia menunjukkan hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari sekitar 45 hingga 50 remaja bawah umur 18 tahun mula merokok. Statistik bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat 8 peratus dari tahun 2005 hingga 2010.
  • Tahun 2004: secara keseluruhannya hampir seorang daripada lima remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru dalam negara bertambah dengan kadar 17 peratus setahun dan tabiat merokok juga dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2010: tabiat merokok menyebabkan kematian kira-kira 18,000 orang setahun.
  • Lebih lima juta perokok tegar negara ini membelanjakan sekitar RM15 juta sehari untuk membeli rokok.
  • Ini bermakna RM5.8bilion setahun.

Contoh pengenalan karangan mengenai ROKOK

Asap rokok toksik! Ramai yang tahu tetapi buat tidak tahu dan masih mahu. Malah ada yang tegar merokok meskipun nyawa sudah seperti telur di hujung tanduk! Amalan merokok semakin menjadi budaya melibatkan bukan sahaja golongan dewasa tetapi juga remaja, baik lelaki mahu pun perempuan. Pun bagi mereka yang mungkin tersasar jauh, merokok berpuluh-puluh tahun, berhenti merokok bukan suatu yang mustahil!

Penutup karangan mengenai ROKOK

  • Beban menyedarkan rakyat tentang bahaya merokok sewajarnya bukan sahaja digalas kerajaan.
  • Pelbagai pihak perlu ‘turun padang’ dengan melaksanakan kempen kesedaran anti merokok.
  • Kita perlulah mendukung amalan gaya hidup sihat dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutama bebas daripada amalan merokok yang memudaratkan kesihatan.
  • Insaflah semua, bebaskan alam kita daripada pencemaran asap rokok.

 

—————————————————————————–

Click sini untuk isi karangan mengenai rokok.(Punca/kesan negatif merokok)

Click sini untuk isi karangan mengenai rokok.(Halangan dan Langkah)

—————————————————————————–

Punca-Punca Seseorang Terjerat Dengan Rokok

1. Pengaruh rakan sebaya

  • Lazimnya tabiat ini bermula secara suka-suka.
  • Lihat kawan hisap rokok, seseorang cenderung mahu mencuba.
  • Ramai terpengaruh dengan ajakan kawan untuk mencuba merokok.
  • Mereka bermula dengan suka-suka akhirnya ketagih.
  • Kalau pun ada yang tidak mahu, pengaruh kuat rakan sebaya akhirnya menjeratnya kepada perangkap rokok.
  • Ada juga yang merokok pada awal usia belasan tahun.
  • Lazimnya mereka yang mencuba sekali, meskipun ada yang terbatuk-batuk menyedut asap rokok, tidak akan berhenti dengan hembusan asap rokok yang pertama.
  • Kaki baru melangkah ke sekolah menengah rendah, sudah mula suka bau wangi asap rokok.

2. Kekeliruan identiti remaja mendorong mereka terlibat dalam tabiat merokok.

  • Pada usia yang muda, para remaja hendak menonjolkan diri dengan identiti tertentu untuk dikenali.
  • Ramai remaja menganggap amalan ini sebagai fesyen sezaman
  • Amalan ini melambangkan kedewasaan mereka.
  • Dengan menghisap rokok, mereka nampaknya lebih matang dan dewasa.
  • Ada pula menganggap mereka lebih bergaya dan berstatus.
  • Ada pula kaum wanita mahukan badan langsing dan percaya amalan ini dapat mengekalkan kelangsingan badan mereka.

 

KESAN NEGATIF ROKOK

1. Merokok boleh menyebabkan ketagihan.

  • Hal ini kerana tembakau mengandungi bahan penyebab ketagihan dipanggil nikotin.
  • Ini merupakan bahan psikokimia yang mempengaruhi sistem saraf dan mental seseorang.
  • Nikotin dilaporkan menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh dadah kokain dan heroin.
  • Penagih akan gian.
  • Seluruh badan tidak selesa dan hilang semangat jika terputus bekalan rokok.

2. Merokok mencetuskan masalah disiplin remaja

  • Bagi remaja yang terperangkap dengan ketagihan, bukan sahaja wang saku dihabiskan malah ada juga yang berani ponteng sekolah untuk melepas gian.
  • Hal ini kerana mereka tidak boleh merokok di sekolah.
  • Mereka menjadi liar dan kerap ponteng sekolah kerana ketagih merokok.
  • Tidak cukup dengan wang saku sekolah, ada juga yang mula menjadi pandai mengebas duit ibu bapa sendiri.
  • Selepads itu mereka mungkin bergelumang dengan tabiat buruk mencuri untuk menampung belanja membeli rokok.
  • Malah tidak kurang juga perokok-perokok ini terlibat dengan jenayah juvana dan penyalahgunaan dadah!

3. Rokok menjejaskan kesihatan perokok.

  • Asap rokok yang tampak seakan-akan berwarna putih sebenarnya tidaklah sebersih sebagaimana yang lazimnya dikaitkan dengan warna putih.
  • Hakikatnya asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh membunuh.
  • Tembakau adalah penyebab paling utama kematian di seluruh dunia di mana tabiat merokok dilaporkan boleh membunuh satu bilion orang dalam abad ini.
  • Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau di mana 2,000 daripadanya adalah toksik dan 63 karsinogenik.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang diuar-uarkan akan mati akibat penggunaan tembakau yang antaranya menyebabkan kanser paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik serta penyakit jantung.
  • Secara puratanya juga, hayat seseorang itu akan menjadi pendek lima minit bagi setiap batang rokok yang dihisap!
  • 30 peratus daripada semua kematian berkaitan kanser berpunca daripada tabiat merokok.
  • 90 peratus daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah juga kerana tabiat merokok!

4. Asap rokok mencetuskan penyakit kanser:

  • Tar dan nikotin dalam asap rokok menyebabkan barah paru-paru dan mulut.
  • Asap rokok bertoksid menyaluti tisu paru-paru, dan menjadinya kendur.
  • Jadi, gas-gas oksigen sukar meresap masuk menyebabkan penyakit emfisema.
  • Masalah sesak nafas atau batuk berpanjangan mencetuskan bronkitis.
  • Pada tahap serius, kahak perokok bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.
  • Sel-sel paru-paru mengalami tumbesaran yang abnormal menyebabkan kanser paru-paru.

5. Rokok mencetuskan sakit jantung.

  • Urat-urat darah menjadi tegang, menyebabkan penyakit jantung.
  • Jika ketiga-tiga saluran darah ke jantung tersumbat, pembedahan pintasan jantung terpaksa dijalankan.
  • Perokok menghadapi risiko serangan jantung yang teruk.
  • Perokok yang merokok sehingga 40 batang sehari mudah menderita serangan sakit ahmar.

6. Rokok mengancam tumbesaran bayi dalam kandungan ibu

  • Racun asap rokok meresap ke embrio.
  • Janin dalam kandungan kekurangan oksigen.
  • Kemungkinan besar bayi itu mengalami keguguran awal.
  • Ada pula dilahirkan lebih awal dan dalam keadaan kurang berat badan.
  • Maka bayi mudah dijangkiti penyakit.
  • Kecerdasan otak bayi juga terjejas.

—————————————————————————–

Click sini untuk fakta mengenai rokok dan contoh pengenalan karangan.

Click sini untuk isi karangan mengenai rokok.(Halangan dan Langkah)

—————————————————————————–

Halangan-halangan yang menggagalkan usaha membuang tabiat merokok.

  • Bilangan perokok pelbagai peringkat umur di Malaysia kian meningkat.(Wanita)
  • Merokok bukan sahaja membazirkan wang, malah mengancam kesihatan kita.
  • Usaha demi usaha telah dijalankan untuk membendung tabiat merokok.
  • Namun banyak halangan yang menyekat usaha kita.

1. Ibu bapa yang merokok membantutkan usaha ini.

  • Pendidikan mencegah anak daripada merokok perlu bermula dari rumah.
  • Malangnya Ibu bapa yang merokok akan menunjukkan teladan yang tidak baik.
  • Akibatnya, anak-anaknya akan terikut-ikut dengan telatah orang tua mereka.
  • Pasti ibu bapa tidak dapat menasihati anak menjauhi amalan merokok.
  • Usaha mereka tidak ubah seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul” .
  • Jadi, mereka tidak dapat menghalang anak-anaknya daripada merokok.
  • Dengan ini, tabiat buruk masih berlarutan.

2. Kelemahan diri perokok juga menghalang mereka mengkikis tabiat ini.

  • Ramai perokok sedar tentang kesan buruk tabiat ini tetapi sengaja tidak mengambil peduli
  • Mereka kurang mengambil iktibar daripada bukti sahih perubatan.
  • Ramai yang ketagih kerana gagal mengatasi masalah hidupnya.
  • Mereka cuba mengatasi tekanan hidup dengan merokok.
  • Kesunyian hidup mendorong mereka terus merokok
  • Ada yang tidak berupaya mengawal nafsu dan kurang berazam mengatasinya.
  • Mereka terikut-ikut dengan ajakan kawan-kawan dalam amalan ini.

3. Usaha kerajaan membanteras tabiat buruk ini juga tidak menyeluruh.

  • Kerajaan menyeru rakyat membuang tabiat buruk ini.
  • Namun, usaha menanam tembakau digalakkkan di kawasan pantai Kelantan dan Trengganu.
  • Selagi tembakau dimajukan, selagi itulah rokok akan membanjiri pasaran.
  • Kerajaan juga membenarkan nama syarikat rokok menjadi penaja temasya sukan dan filem.
  • Akibatnya ramai rakyat memberi alasan tanpa menghisap rokok, kita tidak dapat menikmati pelbagai rancangan sukan dan tayangan filem.

4. Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan juga merupakan halangan utama.

  • Kini pengharaman mengisap rokok di kawasan awam sudah berkuatkuasa
  • Remaja di bawah usia 18 tahun juga dilarang membeli dan menghisap rokok.
  • Namun remaja masih melayan ketagihan mereka.
  • Rokok dapat beli dengan mudah oleh sesiapa sahaja.
  • Para ramaja melepak di kafe siber, warung, perhentian bas atau pusat membeli-belah.
  • Remaja ini tidak segan silu menghembus asap rokok, sebatang lepas sebatang dalam masih berpakaian seragam sekolah!
  • Tanpa tangkapan dan hukuman yang berat, pasti orang ramai tidak akan takut.

5. Pengaruh iklan rokok merupakan halangan utama usaha kita membasmi amalan merokok.

  • Kerajaan telah mengharamkan iklan rokok dalam media massa.
  • Namun syarikat rokok sepereti Dunhill menggunakan cara lain mempromosikan rokok.
  • Syarikat-syarikat rokok secara agresif menjalankan kempen merokok terutama dalam kalangan golongan remaja.
  • Ini dapat dilihat dengan penglibatan syarikat rokok dalam pelbagai pesta yang melibatkan golongan remaja
  • Jenama rokok menjadi penaja rancangan televisyen dan temasya sukan antarabangsa dsn.
  • Dunhill juga mengiklankan barangan mewah.
  • Dengan itu, mesej rokok sebagai simbol status, dan prestij yang tersirat di sebalik nama rokok tersebar.
  • Selanjutnya ini menggalakkan orang ramai tertarik dengannya.
  • Ini akan menghalang usaha kita membuang tabiat merokok.

Langkah membanteras tabiat merokok

1. Kempen kesedaran

  • Banyak wang sehingga ratusan juta ringgit setiap tahun dibelanjakan untuk menanam sikap benci kepada rokok, umpamanya menerusi Kempen ‘Tak Nak Merokok’.
  • Pelbagai jenis media digunakan.
  • Bermacam jenis strategi juga disusun termasuk memaparkan gambar-gambar yang ‘mengerikan’ di kotak-kotak rokok yang menunjukkan kesan buruk rokok kepada perokok.
  • Program Hari Tanpa Merokok Sedunia anjuran IJN
  • Langkah menghentikan tabiat ini disarankan kepada orang ramai.
  • Kesan buruk rokok disiarkan melalui media massa.
  • Orang ramai akan sedar Kesedaran untuk berhenti merokok timbul
  • Mereka akan menjauhi amalan ini.
  • Ibu bapa akan mengawal ketat anak-anak mereka.

2. Batuan NGO

  • Klinik Berhenti Merokok (QSC) Institut Jantung Negara (IJN) memberikan pelbagai bimbingan kepada perokok tegar.
  • Sesi Sokongan Berhenti Merokok diadakan di IJN.
  • Perokok dijemput menyertai Klinik Berhenti Merokok IJN.
  • khidmat kaunseling kaunselor dapat membantu perokok tegar berhenti merokok.
  • Ubat diberi untuk merawat ketagihan merokoknya.
  • Perjumpaan Sesi Sokongan Berhenti Merokok dianjurkan agar perokok berjaya menahan keinginan merokoknya.
  • Selanjutnya menanam azam untuk memilih jalan hidup yang lurus

3. Dasar kerajaan

  • Melalui dasar cukai, kerajaan boleh menaikkan cukai rokok.
  • Dengan sedemikian, rokok akan menjadi mahal.
  • Golongan yang kurang mampu akan mengurangkan amalan ini.
  • Ini membantu perokok kuatkan azam mereka untuk henti merokok.
  • Kementerian Kesihatan terus menguatkuasakan larangan merokok di zon-zon yang ditetapkan.
  • Sehingga kini sebanyak 21 premis telah dikenal pasti sebagai zon larangan merokok.
  • Antaranya ialah hospital/klinik, lapangan terbang, lif serta tandas awam, restoran berhawa dingin, pengangkutan awam, premis kerajaan, institut pendidikan, stesen petrol, kafe internet, pusat membeli-belah di samping ruangan pejabat swasta dengan sistem pendingin hawa yang berpusat.

 

Pengelaman seorang perokok dalam usaha membuang tabiat merokok

  • Amaran doktor bahawa batuk yang serius tanda awal kanser paru-paru.
  • Separuh sel paru-paru hampir mati.
  • Kahaknya bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.
  • Merokok sehingga 40 batang sehari senang kena serangan sakit ahmar.
  • Tiga saluran darah jantung sudah 80% tersumbat.
  • Mula-mula mengurangkan bilangan rokok yang dihisap, secara perlahan-lahan.
  • Hari pertama berhenti merokok, merasa keperitannya.
  • Apabila bangun pagi, teringin sangat hendak merokok.
  • Ingin menangkap dan menghiru asap rokok perokok lain.
  • Terpaksa buat-buat sibuk, jangan biarkan diri kesenangan kerana idea hisap rokok akan muncul.
  • Tidak menghampiri mereka yang merokok.
  • Baru boleh menahan diri daripada ingin merokok apabila melihat orang merokok.
  • Setelah mengambil ubat untuk merawat ketagihannya, bau rokok sudah menjadi ‘tidak sedap’.
  • Sokongan rakan dan sokongan moral kaunselor di Klinik Berhenti Merokok IJN mendorongnya lupa langsung tentang rokok.

—————————————————————————–

Click sini untuk fakta mengenai rokok dan contoh pengenalan karangan.

Click sini untuk isi karangan mengenai rokok.(Punca/kesan negatif merokok)

—————————————————————————–

KaranganNet mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan kaum Cina dan selamat bercuti kepada semua pelajar.

Click :  Pohon usm

USM merupakan University APEX yang berhak untuk memilih pelajarnya. Untuk memasuki USM, pelajar harus membuat permohonan yang asing daripada UPU.

PANDUAN :

Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI)

Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI).

PERTANYAAN :

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian di Universiti Sains Malaysia, Sidang Akademik 2012/2013 hendaklah dialamatkan kepada :

SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
PEJABAT PENDAFTAR, ARAS 2,
BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
11800, USM, PULAU PINANG

Tel:   1300 888 876
Faks: 04 653 3328
E-mel: admissions@usm.my

Dalam kerancakan penduduk jagatraya berjalan bersama-sama bayang-bayang keharmonian, riang berlagu gembira, pemimpin diumpamakan sebagai jantung sesebuah negara. Pemimpin perlu bijak mengorak langkah proaktif untuk mengekalkan kestabilan keharmonian dan keamanan negara.. Umum mengetahui, keunikan Malaysia adalah bersandarkan kesejahteraan hidup kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa dan agama namun masih mampu mengekalkan keamanan sejagat. Perpaduan menjadi elemen penting dan merupakan cerucuk dominan dalam mengekalkan keamanan. Oleh hal yang demikian, idea yang dilontar dan dilemparkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke lima, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib dalam mengetengahkan gagasan 1 Malaysia merupakan satu tindakan yang wajar dicontohi oleh tampuk kepimpinan yang lain. 1 Malaysia mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan YAB Perdana Menteri ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’. 1 Malaysia dikatakan membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Sekadar memetik kata-kata Datuk Seri Najib, beliau berbicara “saya berharap semua rakyat Malaysia melihat hari muka dengan lebih optimis dan keazaman untuk membina satu Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik”. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Kami sudah membina laman Facebook untuk Karangan Net.

Sila click : http://www.facebook.com/karanganNet

Pembentukan ayat Tanya:

  • persoalan ini perlu direnungkan dengan sikap berlapang dada dan berpandangan jauh
  • pernahkah terlintas dalam gawang minda para……..
  • sejauh manakah jalan penyelesaian yang dilaksanakan selama ini memberi impak yang positif?

 

Tema perpaduan :

  • Setiap kaum menjunjung tinggi nilai perpaduan
  • Sikap bekerjasama dan bertolenrasi adalah ‘senjata’ utama yang menampilkan Malaysia sebagai juara perpaduan
  • Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
  • Rakyat akur dengan nasihat peribahasa yang berbunyi kalah menjadi abu,menang menjadi arang
  • Pepatah ada menyatakan ‘hidup bersama yang menjadi tradisi seikat bak sirih, serumpun bak serai, dijadikan pegangan untuk kita terus kekal menjadi juara perpaduan
  • konflik perkauman yang tercetus hanya membawa kehancuranyang total
  • Umpama telur sesangkar, pecah satu pecah semua ,tamsilan yang memberi gambaran betapa pentingnya perpaduan masyarakat
  • terurainya ikatan perpaduan kaum telah menjerumuskan negara kita
  • sukan dilihat mampu memecahkan tembok perbezaan kaum

 

Tema kemajuan negara

  • cemerlang prestasi ekonominya dalam kalangan negara Dunia Ketiga
  • Pertumbuhan mapan ekonomi negara
  • Prestasi ekonomi yang mapan
  • Gahnya Malaysia di persada global
  • menjadikan Malaysia lebih tersohor
  • Malaysia mempunyai kewibawaan yang tinggi di mata dunia bak kata peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
  • Putrajaya dan Cyberjaya merupakan lambang inspirasi pintar anak Malaysia
  • Hasil usaha gigih- menatijahkan kejayaan yang gilang-gemilang kepada negara sehingga mendapat pengiktirafan dunia
  • Kemajuan yang dinikmati telah mengubah landskap wajah Malaysia
  • menterjemahkan matlamat menjadi sebuah negara maju
  • wawasan globalisasi tajaan Barat banyak menyimpan agenda untuk melemahkan kebangkitan negara
  • mendepani abad milenium

 

 

 

tema : peranan kerajaan

  • citra budaya dan jati diri bangsa
  • tindakan secara kolaboratif

Tema : masyarakat

  • memperkasakan pemikiran rakyat berminda kelas pertama menjadi tuntutan utama
  • menuntut anjakan paradigma masyarakat seantero negara
  • Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
  • Apabila rosak budi pekerti rakyat, maka binasalah seluruh negara
  • rakyat yang memiliki minda kelas pertama adalah teras ketiga dalam kerangka lima teras utama RMK-9
  • menjana pemikiran rakyat agar berpandangan jauh dan lebih positif
  • rakyat perlu memiliki nilai integriti yang bebas daripada segala tingkah laku negatif.
  • Kualiti minda rakyat perlu diubah daripada terus dibelenggu oleh pemikiran jumud bak katak di bawah tempurung kepada minda yang merdeka dan bermaruah.
  • Pemikiran rakyat hendaklah dibangunkan di atas landasan yang betul
  • revolusi pemikiran yang lebih agresif dan proaktif
  • umpama sepuluh jong masuk pelabuhan,anjing bercawat ekor jua-tidak mahu berubah walaupun banyak melihat perubahan
  • masyarakat madani
  • bangsa yang maju dan kompetitif

 

 

 

Tema : semangat kejiranan

  • Jiran sepakat membawa berkat, ungkapan yang cukup signifikan untuk
  • Kita tidak boleh menjadi seperti kera sumbang, hidup umpama enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing dengan menyombongkan diri bak merak kayangan
  • Kikis sikap prejudis
  • Membentuk bangsa yang berbudaya dan bertamadun
  • Berpaksikan acuan budaya sendiri/ berpaksikan nilai budaya
  • Bagi memperteguh tali-temali sosial
  • Budaya sekular semakin menguasai kehidupan masyarakat
  • Di bawah satu bumbung muafakat

 

Tema : generasi muda

  • Pembangunan modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur turut menjadi saudara kembar kepada kemajuan sains dan teknologi
  • Terjebak dalam kancah krisis peradaban dan nilai moral
  • Generasi penggerak wawasan yang berkaliber, berwibawa dan berintelek
  • Darah baru setampuk pinang, remaja melakukan pelbagai onar
  • Akibat limpahan kemewahan, remaja semakin ghaflah akan tanggungjawab yang digalas
  • Berkiblatkan budaya asing
  • Budaya hedonisme semakin subur bersarang di jiwa dan minda
  • Berpotensi untuk menggegarkan
  • Bertahan mendepani gelombang cabaran hidup
  • Bijak menyerap tekanan
  • Cabaran globalisasi yang kian menghimpit memberi impak terhadap kualiti insan
  • Dalam meniti perjalanan hidup
  • Dalam pancaroba dunia

 

Tema: kekeluargaan

  • mewarnakan jiwa anak-anak
  • menjadi uswah terbaik
  • tingkah laku negatif pasti diciplak habis-habisan oleh anak-anak. Sikap ini samalah seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
  • Didedahkan dengan realiti kehidupan
  • Umpama rebung tidak jauh dari rumpun (perangai anak tidak jauh berbeza daripada perangai ibu bapa
  • Hadis ; anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknnya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi
  • Bertunjangkan kekuatan intelektual
  • Dipacu oleh tenaga muda
  • Dipasakkan dalam jiwa

 

Media massa

  • akhbar arus perdana
  • mendominasi minda generasi muda
  • Pepatah Arab yang berbunyi mata pena lebih tajam daripada mata pedang
  • Pendedahan media sahaja dapat menghangatkan senario ini
  • Berupaya menjadi wadah yang efektif
  • Bijak menterjemahkan kehendak dan agenda kerajaan
  • Media massa yang berpengaruh seyogia menjadi pasak dan watak utama dalam menyebarkan maklumat

 

Kempen :

  • Meniup / membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat
  • Aktiviti kempen secara agresif wajar dilaksanakan
  • Ketidaksampaian mesej kempen disebabkan pelaksanaannya yang hanya dijalankan secara suam-suam kuku
  • Dilaksanakan secara berkesan dan efisien
  • Instrumen yang paling efektif

 

Semangat Patriotisme

  • Misi menyuburkan semangat patriotisme—bukan perkara enteng
  • Kegagalan misi—memberi kesan terhadap pembinaan jati diri bangsa dan kelangsungan hidup negara
  • Menjiwai patriotisme yang kental

 

Tema sekolah

  • Guru selaku arkitek pembangunan insan
  • menjana pembangunan insan yang seimbang dan harmoni
  • menyemarakkan nilai-nilai murni
  • sekolah –wadah penting untuk penyaluran ilmu
  • pendekatan konvensional
  • sekolah medan interaksi sosial
  • golongan pendidik yang berketerampilan
  • pendidik perlu memahami aspirasi negara
  • menghayati Falsafah Pendidikan Negara
  • Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
  • Hubungan ibu bapa, anak dan pihak sekolah sepatutnya bagaikan ikan dengan air
  • Menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan minda dengan pengetahuan dan maklumat

 

Tema : Alam sekitar

  • Menjadi isu dominan yang menghiasi dada-dada akhbar
  • jika manusia semakin tandus dengan nilai akal budi, maka alamnya semakin gawat dengan persekitaran yang tidak sihat
  • masyarakat Jepun percaya pada semangat alam sekitar. Jika alam sekitarnya segar dan sihat maka penghuninya juga demikian
  • alam sekitar adalah gambaran wajah / imej kita

 

 

Tema Kesihatan :

  • pepatah Arab ada menyatakan otak yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat
  • tamadun klasik seperti di Rom dan di Athens telah memberikan keutamaan dalam aktiviti riadah apabila sukan Olimpik bermula di situ.
  • Kelesuan,keletihan dan kemurungan berpunca daripada sistem fisiologi yang tidak sempurna
  • Menyerang sistem imunisasi badan

 

 

Tema usaha langkah

  • Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus berusaha
  • Umpama patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak– meneruskan usaha sampai berjaya
  • Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
  • Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
  • Jika sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut
  • Jangan lakukan kerja sekerat jalan
  • Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain
  • Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan
  • Usah biarkan masalah ….terus membebani ……………..
  • Usaha secara kolaboratif
  • Menuntut sinergi pelbagai pihak
  • Janganlah usaha —umpama mencurahkan garam ke laut
  • Mencari resepi terbaik

 

Teknologi Maklumat:

  • Internet, teknologi komunikasi yang berada di lingkaran mayapada menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempada
  • Bagai galah di tengah arus –peribahasa yang dapat digambarkan mengenai sikap remaja serta masyarakat yang serakahmenyalahgunakan teknologi
  • Revolusi teknologi maklumat mutakhir ini memberikan dampak malang kepada masyarakat
  • Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan kmunikasi
  • Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia
  • Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia

Permohonan Kemasukan IPTA bagi Sesi Akademik 2012/2013

I – LEPASAN SPM/SETARAF (FASA2)
II – LEPASAN STPM
III- LEPASAN STAM
IV- LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
V – LEPASAN MATRIKULASI/ASASI (FASA 1)

Akan DIBUKA pada 9 JANUARI higgga 2 APRIL 2012.

Sila melayari http://upu.mohe.gov.my/ untuk maklumat selanjut.
=============================================================

 

Untuk pengetahuan anda, permohonan kemasukan ke USM adalah berbeza dengan IPTA yang lain.

Permohonan untuk memasuki USM akan dibuka mulai 9 Januari 2012 pada jam 12 tengah hari.

Sila melayari website USM untuk maklumat selanjutnya mengenai permohonan kemasukan USM

Laman permohonan kemasukan USM: https://pohon.usm.my/

Semak Keputusan PMR 2011 Melalui SMS Mulai 22-12-2011, Khamis
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011.
Seramai 481,292orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888.
Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.