PERPADUAN KAUM

By | 05/06/2011

Kepentingan dan Faedah Perpaduan Kaum

  • rakyat dapat bersatu padu untuk memajukan negara
  • rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmonis
  • negara menjadi aman dan menjadi benteng keselamatan daripada ancaman musuh
  • keadaan yang aman damai menggalakkan pelabur-pelabur asing melabur di negara kita; dapat meningkatkan ekonomi negara
  • menaikkan nama baik negara sebagai sebuah negara yang berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya

Usaha-usaha Memupuk Perpaduan Kaum

  • menyusun semula masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial
  • mengadakan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keharmonian antara kaum
  • mengadakan kempen-kempen tentang perpaduan kaum
  • memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bekerjasam dan sebagainya
  • menggalakkan penduduk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan
  • mengadakan suatu sistem pendidikan bagi menyatukan penduduk pelbagai kaum
  • menggalakkan penduduk menyambut hari perayaan, sambutan, hari kebesaran dan sebagainya

Perpaduan Kaum pada Hari ini

  • masyarakat mengelak daripada menimbulkan sesuatu yang sensitif kepada sesuatu kaum
  • masyarakat semakin menghormati adat resam, budaya dan agama kaum lain
  • masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup dalam suasana yang harmoni di sesuatu kawasan
  • konsep rumah terbuka sudah menjadi suatu budaya baru; masyarakat perlbagai kaum mengambil kesempatan ini untuk kunjung-mengunjung
  • masyarakat bersama-sama berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara
Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *