Kepentingan bangunan bersejarah

By | 10/06/2011

Bincangkan kepentingan bangunan bersejarah di negara kita.

– Bangunan bersejarah – bangunan tinggalan  zaman dahulu

– Mempunyai nilai budaya dan kesenian tersendiri, dan melambangkan identiti negara

A. bernilai seni dan estetika

  • – Mempunyai seni bina yang halus dan berbentuk budaya bangsa
  • – Ukiran pada dinding kayu – tradisi yang unik
  • – Menikmati keunikan dan kreativiti – seni bina orang zaman dahulu
  • – Dapat dihayati oleh generasi akan datang

 

B. Menyenangkan kajian Sejarah

  • – Mendalami sejarah negara – bangunan bersejarah
  • – Dapat lihat sendiri peristiwa sejarah yang berlaku
  • – Dapat menggambarkan persengketan dan tumpahan darah – kesan yang sebenar
  • – Senang memahami fakta sejarah
  • – Cth : Kota A formosa,  St.Paul’s Church , Kubu Cornwallis di Pulau Pinang

 

C.  Menarik minat pelancongan

  • – Nilai ekonomi yang tinggi
  • – Tumpuan para pelancong – meneliti nilai sejarah yang sebenar
  • – Cth : Kelly’s Castle, Lembah Bujang, Menara  Condong Teluk Intan, Bangunan sultan – Abdul Samad – sejarah yang tersendiri
  • – Memajukan perkembangan industri  pelancongan
  • – Imej negara dan pengaliran wang asing

 

E. Menarik minat penerbit dan pengarah filem

  • –  Latar tempat penting untuk menfilemkan sesuatu filem
  • – Pengarah filem memilih tempat bersejarah
  • – Filem “ Bukit Kepong “ lakonan Datuk Jin Shamsuddin – paparkan sebenar tempat asal
  • – Penggambaran filem “ Anna and the King – di Perak dan Pulau Pinang – menyakinkan penonton tentang nilai sejarah semasa  pemerintahan Raja Mongkut di negara Thailand

 

F. Mengingatkan generasi muda

  • – Mengingatkan kita terhadap peristiwa lampau
  • – Pengajaran kepada genesai akan datang
  • – Menyedari pahit maung yang dialami dalam  perjuangan kemerdekaan
  • – Menghargai keamanan, kemerdekaan dan  kebebasan
  • – berhati-hati dengan kesilapan dan mengelakkannya

 

Kesimpulannya :

  • –  Memang sebahagian dari negara kita
  • – Tidak ternilai harganya dan mesti dikekalkan

 

 

 

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *