Bioteknologi (STPM)

By | 23/07/2011

Pengenalan bioteknologi telah membawa banyak manfaat dalam bidang pertanian negara dengan aplikasi pengubahsuaian genetik dan penggunaan mikroorganisma.
Huraikan pernyataan di atas.

1. Meningkatkan kualiti
– Hasil yang lebih baik drp sebelumnya
– Saiz dan bentuk yang lebih besar dan cantik
– Lebih tahan lama, jangka hayat yang panjang, tidak mudah rosak, lambat ranum
– Mutasi aruhan
– Meningkatkan pembesaran
– Kawalan virus dn Patogen – MARDI

2. Meningkatkan produktiviti /kuantiti keluaran
-Jumlah hasil yang dikelurakan meningkat dalam jumlah yang berganda.
– Contoh: Tanaman padi dengan menggunakan baka M123, Malinja dan Mahsuri
-Menambahkan kuantiti makanan Negara / dapat menampung keperluan sumber makanan

3. Penghasilan baka baru
-Penciptaan sepsis baru yang boleh dijadikan induk untuk penghasilan yang lebih berkualiti
– Mengambil kelebihan baka asal dan menyesuaikannya dengan keadaan setempat dalam Negara
– Contoh: kacukan lembu tempatan (tahan cuaca panas) dengan ciri-ciri lembu freasian (banyak susu)
– In vitro
– Embrio – persenyawaan
– Penghasilan produk baru agro pertanian
– Peningkatan produktiviti pertanian
– Peningkatan kualiti
– Membiakkan spesis yang menghadapi
ancaman kepupusan

4. Kepelbagaian hasil keluaran
– Hasil keluaran dipelbagaikan
– Contoh: tisu bunga orkid yang dikultur dapat menghasilkan bunga yang pelbagai dalam bentuk dan saiz yang berbeza
– Penghasilan pelbagai produk hiliran
– Contoh: kelapa sawit bukan hanya dapat menghasilkan minyak masak tetapi juga pelbagai barangan lain seperti sabun, lilin, barangan kosmetik dan biodiesel.

5. Meningkatkan inovasi
– Penumpuan kerajaan kepada bioteknologi dalam sektor ini akan lebih membangunkan dan memodenkan sector pertanian.
– Lebih banyak aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan
– Kerjasama dengan Negara maju juga dilakukan bagi memperolehi teknologi mereka
-Contoh: Jepun dan Amerika Syarikat – Persidangan Bioteknologi di Boston telah berjaya menandatangani 10 MOU antara Malaysia dengan institut penyelidikan dan firma swasta U.S.

6. Memajukan teknologi pertanian
– Penekanan kepada bidang bioteknologi secara langsung meningkatkan usaha unrtuk memodenkan sektor pertanian
– Penciptaan dan penggunaan teknologi pertanian moden
– Pemindahan teknologi dari luar negara spt Jepun

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *