Kejadian tanah runtuh yang berlaku berpunca daripada fenomena semulajadi danaktiviti manusia seringkali menimbulkan masalah kepada kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan.

Pengenalan

  • Kejadian tanah runtuh merupakan masalah yang sering mendapat perhatian umum. Kejadian tanah runtuh ini telah menimbulkan kesedaran akan akibat yang dialami kesan daripada kehidupan manusia.

Punca

1. Semulajadi

  • Jumlah taburan hujan
  • kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak
  • Tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah – tanah menjadi lemah dan mudah runtuh
  • Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak

2. Struktur tanah

  • - Kawasan tanah yang senang runtuh (sediment gegai) mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh.
  • - Kadar resapan yang rendah.

3. Kecuraman dan kepanjangan cerun

  • - Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 20% berisiko tinggi untuk runtuh.
  • - Ketinggian cerun akan meningkatkan kadar halaju air yang mengalir dan menggalakkan runtuhan.

B. Kesan aktiviti manusia

4. Pembangunan di kawasan tanah tinggi

  • - Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang.
  • -Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan.

5. Pembalakan tanpa kawalan

  • - Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan.
  • -Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.

C. Kesan/masalah.
6. Perubahan geomorfologi

  • - Penimbusan tanah yang banyak ke sesuatu kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut.
  • - Kerja-kerja pembersihan kawasan mengambil masa yang lama.
  • -Kestabilan cerun runtuh perlu diperbaiki dengan menggunakan teknik penstabilan yang sesuai.

7. Banjir lumpur

  • - Tiada pokok-pokok yang menyerap air menyebabkan aliran air secara langsung di permukaan tanah – banjir kilat.
  • - Mengancam nyawa dan harta benda.

8. Kemusnahan hutan tanah tinggi

  • - Pemusnahan hutan menyebabkan berlaku perubahan ekologi di kawasan tanah tinggi.
  • - Memusnahkan kawasan tadahan air. – wujud pencemaran dan mengurangkan kualiti air bersih.

Kesimpulan:
Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengatasi masalah kejadian tanah runtuh ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Response to “Tanah runtuh (STPM)”

  1. hani wookie
    22:56, 12.12.2011

    tolong saye…saye kene siapkan omwork pA..tajuknye PEMBANGUNAN TANAH TINGGI..shre ckit definisi,faktor,,kesan,,langkah2 kurangkan risiko kesan negatifnye…plizzzzzzzzzzzz……….

Leave a Reply