Karangan SPM: Masalah Remaja

By | 19/07/2012
“ Ponteng Sekolah Sudah Membarahi Negara Ini “
“ Vandalisme Dilakukan Oleh Golongan Remaja “
“ Pembuangan Bayi Di Merata-rata Tempat “
“ Gejala Lumba Haram Semakin Berleluasa “

Begitulah tajuk-tajuk yang sering menghiasi dada-dada akhbar dewasa ini.Hal ini sudah menjadi agenda utama sebagai bahan coretan masyarakat Malaysia.Isu yang seperti duri dalam daging ini sering menggusarkan banyak pihak terutamanya ibu bapa yang khuatir terhadap anak mereke ketika berada di luar.Tiadakah usaha-usaha daripada pihak tertentu untuk menangani masalah ini?Tanyalah pada diri kita, “adakah kita mahu dikenali negara yang banyak mengalami keruntuhan dari segi akhlaknya?Cuba fikirkan sejenak “apakah kita sudah menangani permasalahan ini?”Renungkan kembali, “sampai bilakah permasalahan ini akan berakhir?”Adakah kita mengetahui jawapannya?Bidalan orang tua-tua sering menyatakan ‘di mana ada kemahuan di situ ada jalan.’ Bidalan ini cukup menerangkan kepada kita bahawa dengan ikhtiar dan kesungguhan pasti masalah ini dapat dibendung sekali gus dapat mengurangkan keruntuhan akhlak yang begitu menular di negara ini. Oleh hal demikian, kita harus membantu untuk mengurangkan permasalahan ini kerana tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatic harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
Tema sering berkait rapat dengan masalah remaja ialah ponteng sekolah. Masalah ini sering diperkatakan oleh masyarakat sekeliling dan tidak pernah lekand di dada-dada akhbar tempatan hamper pada setiap hari. Hal ini tercetus kerana tidak ada kesedaran,nilai-nilai murni dan terpengaruh dengan rakan sebaya yang kurang didikan agama dan pengaruh negative kepada mereka. Bak kata peribahasa, ‘kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, wangilah kita tetapi kalau berkawan dengan pembuat besi, besilah jadinya kita.Peribahasa ini cukup menjelaskan bahawa pilihlah kawan yang baik akhlaknya agar kita juga menjadi sepertinya. Jika kita berkawan dengan tiada akhlaknya kita juga akan menjadi tiada akhlak juga. Analogi yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah golongan ini sering melepak di pusat membeli-belah.Bahkan mereka juga melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti merokok dan segelintir daripada mereka mengambil dadah.Selain itu, guru juga memainkan peranan untuk memperbetulkan sikap perlajar yang seperti ini. Bak kata peribahasa ‘kalau guru kencing berlari,murid kencing berdiri.’ Peribahasa ini menggambarkan jika guru bersikap buruk, pelajar juga akan bersikap sedemikian. Oleh itu guru mestilah menjadi murabbi kepada pelajar.
Di samping itu, remaja ini sering melakukan permasalahan yang melibatkan kemusnahan harta bende awam yang boleh diringkaskan dengan perkataan ‘vandalisme’.Dalam konteks ini, ibu bapalah yang memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka.Didikan agama dan nilai moral yang sempurna perlu ditanam dalam jiwa anak-anak mereka.Ibu bapa harus mendidik anak mereka supaya menghargai harta bende awam serta memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka.Remaja ini lebih cenderung kepada keseronokkan dan berpeleseran dengan budak-budak nakal yang kurang didikan agama.Masyarakat juga tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme ‘menjalar’ dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka.Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam dan tong sampah awam wajar diambil perhatian.Masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa yang didapati anaknya terlibat dalam salah laku ini. Realitinya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak mereka. Ibu bapa dan masyarakat setempat mestilah bertindak segera untuk memerangi gejala ini dan ingatlah, ‘jangan sudah terantuk baru terngadah.’Peribahasa ini cukup menjelaskan bahawa ibu bapa mesti bertindak pantas sebelum masalah ini menjadi lebih parah.
Permasalahan yang semakin mendapat liputan mesia massa ialah pembuangan bayi. Hal ini sering dikaitkan dengan sikap acuh tak acuh remaja yang gemar melakukan masalah social ini tanpa memikirkan akibat yang akan terjadi kemudian hari. Relevannya, gejala ini didorong oleh sikap tidak bertanggungjawab segelintir remaja yang melakukan aktiviti dilarang oleh agama islam, lalu terjadilah anak luar nikah. Seterusnya, timbullah isu pembuangan bayi.Jika kitalihat, bayi dibuang di tempat pembuangan sampah, di tepi kedai-kedai dan di dalam tandas. Hampir setiap kali isu pembuangan bayi dilaporkan dan bak kata pepatah‘ cendawan tumbuh selepah hujan’. Pepatah ini cukup menggambarkan keadaan isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara ini.Realitinya, anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak tenilai.Jadi kenapa harus kita membuang bayi yang tidak berdosa itu?Sebenarnya, ibu bapa mereka yang berdosa kerana melakukan perkara yang dilarang oleh agama islam dan ditambah lagi membuang bayi yang tidak berdosa itu. Akibatnya, remaja ini akan mendapat impak yang besar dan ketika itu menyesal sudah tiada gunanya kerana ‘nasi sudah menjadi bubur.’ Oleh itu, berfikirlah dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara yang tidak mendatangkan manfaat apatah lagi hanya akan mengundang keburukkan pada diri kita sendiri seterusnya menjadi sampah masyarakat di atas semua kesalahan yang dilakukan tanpa berfikir panjang. Sesungguhnya, asas keagamaan ini perlu dipupuk dalam sanubari remaja kerana hanya agama merupakan benteng dan pedoman dalam menempuh kehidupan yang penuh ranjau ini.
Pada masa yang sama, masalah yang acap kali berkaitan dengan remaja ialah melakukan gejala lumba haram. Mereka menunggang motosikal bagaikan mahu terbang ke udara. Sesekali Nampak macam “stunk man” yang sedang melakukan adegan berbahaya di jalan raya. Fenomena ini semakin berleluasa dan amat membimbangkan semua pihak sama ada pengguna jalan raya ataupun masyarakat sekeliling. Tindakan remaja yang terlibat dalam lumda haram digelar ‘mat rempit’ ini hanya membahayakan nyawa diri sendiri dan nyawa orang lain yang tidak berdosa. Mereka berlagak sedemikian semata-mata untuk mengecapi keseronokkan sementara. Jika kita renungkan, “adakah ini semua dapat manfaat?”. Semestinya tidak ! Sesungguhnya, mereka ingin berlumba , meraka haruslah berlumba di litar tertutup yang dijamin selamat dan tidak akan membahayakan nyawa orang lain. Bagi menyelesaikan masalah ini, Penguatkuasa Undang-Undang haruslah tegas. Pihak Polis dan Pihak Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) haruslah berganding bahu dan berpadu tenaga untuk mengadakan operasi menangkap ‘mat rempit’ yang sedang berleluasa di luar sana. Ibu bapa haruslah bertanggungjawab untuk mereka mendidik anak-anak mereka. Gerak geri anak-anak harus dikawal dan jangan disebabkan terlalu rakus mengejar kebendaan menyebabkan terlupa akan aktiviti yang anak mereka lakukan. Remaja ini harus diberi kesedaran dan menasihati mereka agar tidak melakukan lagi gejala lumba haram yang dianggap sampah masyarakat di negara ini. Mahukah kita dikenali oleh negara lain mengenai Malaysia sebuah negara yang keruntuhan moral? Oleh itu, kita harus tangani masalah dengan ikhtiar yang serius.
Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyaAllah perkara ini akan berkurang dan sekali gus dapat meningkatkan nilai moral di dalam diri setiap masyarakat. Pada realitinya, memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa merupakan peranan penting untuk membentuk sahsiah anak mereka bak kata peribahasa ‘anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakannya.’Peribahasa ini menggambarkan jika ibu bapa mendidik anak mereka dengan corak yang baik, baiklah anak mereka, tetapi jika ibu bapa mendidik corak yang buruk, burklah anak mereka.Jelaslah bahawa, masalah ini dapat dicegah jika semua pihak dapat berkerjasama dalam mencegah permasalah yang beronal yang dicetuskan oleh remaja-remaja ini.Jika kita hanya merancang tetapi tidak dilaksanakan umpama mencurah air ke daun keladi.Oleh itu, marilah kita bersama-sama membanteras masalah ini dengan ikhtiar yang serius agar dapat mengurangkan aktiviti yang tidak sihat ini.Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa,kita yakin dan percaya bahawa masalah ini dapat dicegah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *