21/03/2016

Punca makanan ringan diminati ramai

Makanan ringan menjadi satu jenis makanan yang diminati oleh masyarakat kita terutama kanak-kanak.Bincangkan punca-punca makanan ringan begitu popular dalam kalangan masyarakat. Makanan ringan diklasifikasikan sebagai makanan yang mudah untuk disediakan dan dinikmati oleh masyarakat pengguna tanpa mengira masa. Antara makanan ringan itu meliputi kategori kerepok, gula-gula, manisan dan sebagainya. Pihak media massa sering menyiarkan bahan […]

Read more
08/03/2016

Faedah Aktiviti Kokurikulum dan Impak Tidak Menyertainya

FAEDAH-FAEDAH YANG PARA PELAJAR PEROLEH APABILA MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH Pendahuluan: Definisi KoKurikulum mengikut Kamus Dewan ialah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah misalnya kegiatan dalam persatuan, unit unifom dan kegiatan kesukanan.

Read more
04/03/2016

Peranan Kita dalam Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu

Peranan Kita dalam Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu bangsa lain tidak akan menyebarkan bahasa Melayu ke seantero dunia, kecuali kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mempunyai iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa terpenting pada suatu hari nanti. Oleh itu, langkah yang pertama ialah kita perlulah […]

Read more
04/03/2016

Langkah-langkah untuk Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam

“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan […]

Read more
04/03/2016

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian disebabkan masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang […]

Read more
22/08/2015

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK [SPM]

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003, […]

Read more
19/08/2014

Karangan SPM – Membantu golongan Orang Kurang Upaya

Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini? Golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini masih boleh dikatakan umpama melukut di tepi gantang. Masyarakat tidak begitu mempedulikan kehadiran […]

Read more
19/08/2014

USAHA-USAHA INDIVIDU (ANDA) MEMUPUK AMALAN MEMBACA

Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan hari ini telah menyebabkan remaja hilang keyakinan diri dan ketahanan jiwa sehingga terdorong melakukan pelbagai aktiviti negatif seperti berpeleseran, membuli dan vandalisme. Mengapakah remaja lebih gemar melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada mereka? Tidak pernahkah terdetik dalam sanubari mereka bahawa terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh […]

Read more
19/08/2014

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kepada pasukan Singapura serta tumbangnya jagoan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Hal ini belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras yang lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian […]

Read more
13/09/2012

Skim Cepat Kaya Semakin Berleluasa

Skim cepat kaya telah dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah dan kerap berlaku di negara ini. Ada pelbagai bentuk skim ini seperti melibatkan pemberian bunga yang tinggi, pelaburan awal yang kecil dan sebagainya. Namun, skim ini masih terus berupaya menipu ribuan penduduk negara ini walaupun pihak berkuasa sudah berkali- kali mengingatkan mereka. Punca utama yang membawa […]

Read more