BIL

TEMA

ARAH SOALAN

1

GEJALA BULI

Punca / langkah

2

RANCANGAN REALITI

Langkah / Kesan

3

SEMANGAT  KEJIRANAN

Langkah / Kesan

4

TELEFON BIMBIT

Kesan kepada pelajar

5

ISU PEKERJA ASING

Langkah

6

ISU LUMBA HARAM

Langkah

7

BANGUNAN BERSEJARAH

Kepentingan

8

PELANCONGAN

Kepentingan / Langkah

9

KOMSAS

Ulasan drama

10

PERPADUAN

Langkah / Kesan

11

AMALAN MEMBACA

Langkah

12

ALAM KERJAYA

Persediaan pelajar

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia.
Jelaskan implikasi penggunaan laman sosial ini terhadap masyarakat.

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat merupakan antara kelebihannya. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia.
Penggunaan laman sosial seperti “Facebook” yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi seperti itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan seerta mencemarkan kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti.

Soalan Karangan : Kes pembuangan bayi yang semakin meningkat pada masa ini amat membimbangkan masyarakat di negara kita.

Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk menangani masalah ini.

Fenomena pembuangan bayi kian membimbangkan masyarakat marcapada. Isu ini seolah-olah sudah menjadi trend atau ikutan dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja. Acap kali isu ini kita lihat dan terpampang di dada-dada akhbar, dihebahkan di corong-corong radio dan disiarkan di kaca televisyen. Hal ini akan menyebabkan negara kita mendapat imej yang buruk dan pandangan yang tidak baik daripada negara-negara luar. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil langkah yang proaktif untuk menangani masalah ini daripada terus membelenggu masyarakat. Pihak yang paling penting dan perlu memainkan peranan mereka untuk menangani masalah ini ialah ibu bapa.

Ibu bapa merupakan penjaga dan pendidik kepada anak-anak mereka sama ada di luar mahupun di dalam rumah. Ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti anak mereka dan mereka perlu mengambil tahu tentang kawan-kawan anak mereka dan cara pergaulan anak-anak. Perkara ini penting kerana kadangkala anak-anak hanya berpura-pura menjadi seorang yang baik di hadapan ibu bapa mereka sahaja. Sebagai contohnya, anak-anak mengatakan bahawa mereka ingin ke sekolah tetapi hakikatnya mereka pergi ke pusat-pusat membeli-belah atau ponteng sekolah. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti dan perlakuan anak-anak agar mereka tidak terlibat dengan aktiviti pergaulan bebas.

Pada tahun 2002, Program Latihan Khidmat Negara ditubuhkan dan ia juga merupakan kursus latihan yang wajib dilatih selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN di seluruh Malaysia. Pelatih yang dipilih merupakan pelajar yang baru menamatkan pedidikan sekolah menengah mereka. Pelajar yang terlibat kebanyakkan berumur 17 tahun dan 17 tahun ke atas.

Latihan ini bertujuan untuk membinakan sahsiah diri yang bermatlamatkan pembinaan dan pengukuhkan semangat patriotisme?di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan yang positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana ia dilaksanakan menurut cara Malaysia. Program ini dilaksanakan dengan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan daripada beberapa buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi.

Pendahuluan:
PADA hari ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai usaha untuk mencari penawarnya. Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak.

Punca:
1) Ubat-ubatan

  • Amalan memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi.

2)Masalah genetik

  • Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh menyebabkan obesiti
  • Sindrom metabolik. Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya

3)Pemakanan.

  • Pemakanan yang berlebihan terutama makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi. Ini termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.

4)Kurang melakukan senaman.

  • Kesibukan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan komputer.Oleh demikian,tidak mempunyai masa bersenam.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Amalan Gaya Hidup Sihat. Kempen ini menekankan kepada amalan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.Huraikan amalan gaya hidup sihat yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia.

1. Diet yang seimbang

  • - pengambilan makanan berdasarkan piramid makanan
  • - melebihkan pengambilan makanan berserat spt sayur-sayuran dan mengurangkan makanan berlemak dan berkolesterol tinggi spt daging

2.Bersenam / Bereakreasi

  • - meluangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit sehari, dua kali seminggu
  • - dapat melancarkan pengaliran darah, menjamin kesihatan kardiovaskular, mengelakkan obesiti dengan pembakaran lemak / kalori.

3. Elakkan stres / tekanan

  • - kawal kemaharan, emosi
  • - berjumpa kaunselor, rakan pembimbing,
  • - menjalankan aktiviti kerohanian, yoga, bermeditasi

Soalan : Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan untuk melatih golongan remaja menjadi warga negara yang berguna. Anda ingin menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan program ini dengan menyatakan pandangan anda untuk disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan. Tulis karangan anda selengkapnya.

Jawapan contoh

Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan dan dilaksanakan bebepada tahun yang lalu. Pelaksanaan program ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Kerajaan telah berusaha untuk meyakinkan masyarakat bahawa program ini mempunyai banyak kebaikan, khususnya kepada golongan remaja dan umumnya kepada negara. Namun begitu, sehingga kini banyak pihak belum mendapat penjelasan yang sebenar akan kebaikan-kebaikan yang terhasil daripada pelaksanaan program tersebut. Sesungguh, jika dihalusi secara mendalam Program Latihan Khidmat Negara menjanjikan pelbagai manfaat kepada rakyat Malaysia.

2001

1.Meningkatkan usia persaran daripada 55 tahun kepada 60 tahun.
-Membincangkan perkara itu

2. Pengabaian budaya hidup berjiran
-Sebab dan langkah

3. kegagalan bidang penternakan memenuhi permintaan penduduk tempatan.
-Menyatakan kekesalan dan langkah mengatasi.
-Format :memorandum

4. proses globalisasi
-Membincangkan perkara tersebut

2002
1. Kestabilan institusi keluarga dapat melahirkan generasi berguna
-Faktor yang dapat menstabilkan institusi tersebut.

2. Pertumbuhan pasar raya dan kompleks membeli belah
-Kesan 3. Menyuburkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
-Langkah-langkah untuk menyuburkannya.

4. Masalah kekurangan air diperingkat negeri.
-Punca dan cadangan -format:laporan

2003
1. Pencemaran sungai
-Kesan negatif dan langkah
2. Kurangnya sambutan terhadap buku ilmiah
-Faktor dan cara meningkatkan penjualan

3. Kelemahan sistem pengangkutan di negara
-Kelemahan dan cara mengatasi.
-Laporan

4. Kegiatan cetak rompak.
-Faktor dan kesan negatif

2004
1. Perpaduan kaum di Malaysia
-Usaha yang dilakukan untuk mewujudkan perpaduan melalui pendidikan

2. Penggunaan racun perosak yang tidak mengikut peraturan
-Kesan buruk dan cadangan
3. Kemajuan negara dikatakan berpunca daripada kestabilan politik dan kecekapan `pengurusan.
-Menyatakan pendirian tentang pendapat itu.

4. Budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar.
cara untuk memupuk budaya tersebut.
-ucapan

2005
1. Kepentingan aktiviti sukan dan riadah.
-kepentingan2. Malaysia dijadikan pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini.
-Menyatakan pendirian untuk menyokong pendapat tersebut.

3. Cara-cara menghadapi masalah kemelesetan ekonomi.
-Langkah-langkah mengatasi kemelesetan ekonomi.
-format:ceramah

4.  Penggunaan tenaga buruh kanak-kanak di negara Dunia Ketiga.
-Kesan negatif.

2006

1. Patriotisme
-Tindakan yang perlu diambil

2. Obesiti dan kegemukan
-punca
3. Seni budaya tradisional tidak mendapat tempat dalam kalanagn masyarakat
-Faktor-faktor
4. KOMSAS
-Kesan positif
2007
1. Telefon bimbit semakin disukai

-Sebab dan kesan
2. Rasuah
-Sebab rasuah perlu dibendung

3. Hak-hak pengguna
-Mengulas hak-hak pengguna
-syarahan

4. Program televisyen yang mengutamakan keuntungan.
-Pendirian tentang pernyataan tersebut.

2008

1. Aktiviti kitar semula.
-Kebaikan aktiviti kitar semula
-format:ceramah
2. kurangnya minat siswazah menceburi bidang pertanian.
-Sebab-sebab

3.rancangan hiburan realiti
-Menyatakan kekesalan &kesan negatif
-memorandum

4.belia kurang berminat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
-Faktor mempengaruhi dan kesan

3. Bahasa
-kelebihan meguasai lebih daripada satu bahasa dan cadangan untuk meggalakkan generasi muda
meguasai lebih daripada 1 bahasa.

4. Perpaduan.
-kepentingan perpaduan dan langkah untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini.

2009

1. Industri desa
-manfaat memajukan industri desa.

2. Muzik
-peranan muzik dalam masyarakat.

Skim cepat kaya telah dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah dan kerap berlaku di negara ini. Ada pelbagai bentuk skim ini seperti melibatkan pemberian bunga yang tinggi, pelaburan awal yang kecil dan sebagainya. Namun, skim ini masih terus berupaya menipu ribuan penduduk negara ini walaupun pihak berkuasa sudah berkali- kali mengingatkan mereka.

Punca utama yang membawa penipuan ini terus berleluasa ialah rakyat kita terlalu ingin memperoleh kekayaan dengan cepat. Rasa tamak untuk mengaut kekayaan segera itu telah menyebabkan mereka tidak berfikir dengan rasional tentang aspek risiko yang bakal dihadapi pula. Jadi, mereka terus melabur kerana minda mereka sudah dikelirukan dengan kekayaan yang bakal diperoleh itu.

duit1 Skim Cepat Kaya Semakin Berleluasa

Selain itu, jenayah ini terus berlaku kerana pujukan rakan-rakan yang kononnya telah berjaya dalam skim yang serupa. Akibat pujukan rakan dan kepercayaan itulah begitu banyak mangsa skim ini yang dilaporkan dalam media massa kita. Sebenarnya, rakan itu memujuk kerana mereka telah menjadi mangsa awal penipuan skim ini terlebih dahulu.

Kanser serviks semakin berleluasa dalam kalangan wanita di Malaysia.
Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini.


Kanser serviks merujuk kanser rahim yang selalu menyerang kaum wanita di Malaysia. Antara contoh kanser yang sering berlaku ialah kanser payu dara, kulit, usus, dan tekak yang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan pula. Berita mengenai kemelut kanser ini turut mendapat tempat dalam media massa kita saban hari. Jadi, kerajaan boleh mengadakan pelbagai tindakan yang berupaya untuk mengatasi kanser rahim ini.

Tindakan yang konkrit dilakukan oleh kerajaan melibatkan penyiaran kempen kesedaran tentang kanser ini. Pelbagai informasi mengenai kanser ini meliputi cara mencegah dan jenis rawatan yang boleh dijalankan boleh diselitkan dalam kempen yang dilancarkan ini. Semua maklumat ini kemudiannya akan digunakan oleh pesakit kanser itu untuk mengekang kanser itu daripada terus merebak pula. Maka, kempen yang efektif boleh menjadikan masalah kanser ini dapat ditangani pula.

Selain itu, kerajaan boleh menyediakan rawaan secara percuma atau murah kepada pesakit kanser. Pemberian rawatan sebegini menjadikan lebih banyak wanita di negara ini berani tampil untuk menjalani pemeriksaan kerana sedar jika mereka mendapat rawatan yang sewajarnya jika diri mereka mengalami kanser itu. Kesudian untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan ini memastikan risiko kematian akibat kanser juga akan menurun secara mendadak. Jelaslah, rawatan yang murah atau percuma boleh menjadikan kanser rahim ini satu lipatan sejarah di Malaysia sedikit masa lagi.

Isu Mat Rempit masih menjadi duri dalam daging di negara ini. Pelbagai pihak mempersoalkan punca masalah ini bersama-sama impak yang dibawanya lalu mencetuskan satu perbahasan hangat dalam media massa kita. Kenapakah Mat Rempit ini menjadi satu topik perbualan hangat masyarakat?

Sudah pasti umur Mat Rempit yang rata-rata di bawah 30 itu membimbangkan kita semua. Umur yang begini mudah seharusnya dihabiskan di pejabat, universiti dan sebagainya bukannya disia-siakan di jalan raya pula.? Belia kita lebih suka menikmati bunyi motosikal yang menderu-deru bising itu daripada menghasilkan kreativiti di bidang tertentu pula. Mungkin itu kreativiti yang remaja kita semua faham.

Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru.
Huraikan pernyataan di atas.

Kegiatan luar bilik darjah juga dikenali dengan nama akitiviti kokurikulum. Pihak kerajaan memberi galakan aktiviti ini untuk membantu pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih efektif pula. Oleh itu, hubungan guru dengan pelajar pasti menjadi baik melalui aktiviti sebegini pula.

Aktiviti sukan dan permainan menyebabkan pelajar akan saling membantu untuk memperoleh kemenangan dalam sesuatu acara itu. Tindakan bekerjasama ini secara tidak langsung menjadikan mereka rapt antara satu sama lain. Jadi, hubungan sesame ahli pasukan akan menjadi lebih erat melalui acara sukan sebegini.

Pengenalan bioteknologi telah membawa banyak manfaat dalam bidang pertanian negara dengan aplikasi pengubahsuaian genetik dan penggunaan mikroorganisma.
Huraikan pernyataan di atas.

1. Meningkatkan kualiti
- Hasil yang lebih baik drp sebelumnya
- Saiz dan bentuk yang lebih besar dan cantik
- Lebih tahan lama, jangka hayat yang panjang, tidak mudah rosak, lambat ranum
- Mutasi aruhan
- Meningkatkan pembesaran
- Kawalan virus dn Patogen – MARDI

2. Meningkatkan produktiviti /kuantiti keluaran
-Jumlah hasil yang dikelurakan meningkat dalam jumlah yang berganda.
- Contoh: Tanaman padi dengan menggunakan baka M123, Malinja dan Mahsuri
-Menambahkan kuantiti makanan Negara / dapat menampung keperluan sumber makanan

Kejadian tanah runtuh yang berlaku berpunca daripada fenomena semulajadi danaktiviti manusia seringkali menimbulkan masalah kepada kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan.

Pengenalan

  • Kejadian tanah runtuh merupakan masalah yang sering mendapat perhatian umum. Kejadian tanah runtuh ini telah menimbulkan kesedaran akan akibat yang dialami kesan daripada kehidupan manusia.

Punca

1. Semulajadi

  • Jumlah taburan hujan
  • kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak
  • Tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah – tanah menjadi lemah dan mudah runtuh
  • Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak

2. Struktur tanah

  • - Kawasan tanah yang senang runtuh (sediment gegai) mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh.
  • - Kadar resapan yang rendah.

3. Kecuraman dan kepanjangan cerun

  • - Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 20% berisiko tinggi untuk runtuh.
  • - Ketinggian cerun akan meningkatkan kadar halaju air yang mengalir dan menggalakkan runtuhan.

Kadar kemalangan jalan raya begitu meningkat setiap tahun.
Huraikan punca-puncanya.

Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.

Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.

Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.

Sila melayari: http://upu.mohe.gov.my/

ATAU

Saluran 1
:
Saluran 2
:
Saluran 3
:

ATAU
SMS: Taip UPU RESULT [No.KP] hantar ke 15888
(Mulai 15 JULAI 2011, Jam 12 tgh)

Badan yang sihat adalah penting untuk membentuk individu yang cergas dan masyarakat yang cemerlang. Jelaskan langkah-langkah yang berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia. (Laras Sains)

Pengenalan

  • Sebagai negara membangun, taraf kesihatan rakyat Malaysia masih belum mencapai tahap yang memuaskan, terutama penduduk desa.

Langkah-langkah
1. Memupuk amalan pemakanan yang seimbang.

  • Makanan berkhasiat.
  • Makanan kurang lemak, kurang garam dan kurang gula.
  • Makanan termasak.

2. Menyediakan perkhidmatan perubatan yang cekap.

  • Membanyakkan hospital dan klinik, lebih-lebih lagidi kawasan luar bandar.
  • Melatih pakar dan kakitangan perubatan yang cukup.
  • Memastikan rawatan percuma diberi kepada golongan miskin.

3. Menggalakkan kegiatan senaman dan sukan.

  • Menyediakan kemudahan senaman dan sukan di merata- rata tempat.
  • Menganjur pertandingan sukan.
  • Mengurangkan cukai atas alat-alat sukan.

4. Meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan.

  • Teknologi makanan.
  • Perubatan.
  • Alam sekitar.

5. Mendidik rakyat jelata untuk mengamalkan cara hidup yang bersih dan sihat.

  • Menjaga kebersihan diri.
  • Menjaga kebersihan alam sekitar.
  • Menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan dan minuman.

Kesimpulan

  • Kesihatan ialah aset penting setiap insan. Dengan rakyat yang sihat dan cergas, Malaysia akan menuju ke arah masyarakat cemerlang.

1. Semangat Kejiranan
Arah : Langkah

2. Gaya Hidup Sihat
Arah : Peranan ibu bapa

3. Disiplin
Arah : Peranan ibu bapa

4. Hubungan Kasih Sayang
Arah : Peranan ibu bapa

5. Riadah dan Rekreasi
Arah : Kebaikan

6. Kehilangan Kanak-kanak
Arah : Langkah mengatasi

7. Keselamatan Kanak-kanak
Arah : Peranan sekolah, ibu bapa dan masyarakat

8.  Bangunan Bersejarah
Arah : Kepentingan menjaga dan Langkah memulihara

9. Gejala Sosial / Lumba Haram
Arah : Langkah-langkah mengatasi

10. Polisi Sekolah Selamat
Arah : Usaha pihak sekolah

11. Jenayah Antarabangsa
Arah : Kerjasama antara negara (Langkah)

12.  Tabungan
Arah : Faedah dan Usaha

13. Pelancongan (Inap Desa)
Arah : Langkah-langkah meningkatkan

14. Penyakit Berjangkit
Arah : Bentuk kerjasama antara negara (Langkah mengatasi)

15. Pengangkutan Awam
Arah : Langkah memperkasa / Kepentingan

16. Membaca
Arah : Cara menggalakkkan

17.  Alat Komunikasi (Telefon Bimbit, Internet)
Arah : Kesan

18.  Perpaduan Kaum
Arah : Peranan keluarga meningkatkan perpaduan kaum

19.  Industri Kraftangan
Arah : Langkah-langkah memperkasakan

20. Rancangan Televisyen Realiti
Arah : Usaha ibu bapa mengawal kecenderungan menonton rancangan televisyen realiti

[Source]

Sila Rujuk

ISU Penting Karangan STPM 2011 Kertas Bahasa Malaysia

Sila Rujuk: http://www.karangan.net/2011/07/isu-karangan-stpm-2002-2010/

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan daripada beberapa buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi.

Program yang dilaksanakan ini banyak mendatangkan manfaat. Melaluinya remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. Perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka.

PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Disiplin diri merupakan asas penting bagi sesuatu kejayaan. Masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan mendisiplinkan diri dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan fizikal.