Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja suka membaca novel yang berunsur cinta. Jelaskan kebaikan-kebaikan dan keburukan membaca novel.
Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam kehidupan manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja. Cuma membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian oleh semua pihak.
Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah minda remaja.
Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk mengetahui maksud perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti tindakan ini akan memastikan pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang banyak.
Jun
Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah. Namun, menyebar luaskan maklumat melalui internet boleh menjadi ancaman kepada adat, norma, dan nilai masyarakat sesebuah negara. Ulaskan pernyataan di atas.
Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia.
Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara. Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan seperti media massa yang lain.
Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan “siber” (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas.
Jun
Fungsi dan Peranan Taman Rekreasi
- sebagai tempat untuk beristirahat / menenangkan fikiran- lari dari kesibukan, khususnya di kota
- sebagai tempat beriadah / bersenam- ke arah masyarakat yang cergas dan sihat
- sebagai tempat beramah mesra antara individu, jiran tetangga serta untuk memupuk kasih sayang ke arah keluarga bahagia
- untuk menghijaukan / mengindahkan kawasan sekitar- menimbulkan suasana nyaman
Sambutan Masyarakat terhadap Taman Rekreasi
- amat diperlukan oleh anggota masyarakat hari ini, sama ada di kawasan-kawasan perumahan, pekan, bandar, dan kota
- mendapat perhatian pemaju-pemaju perumahan dan kerajaan-kerajaan tempatan lalu menyediakan taman rekreasi
- mendapat sambutan hangat daripada anggota masyarakat- dipenuhi oleh mereka yang bersenam atau yang bersiar dengan teman serta anggota keluarga
Penyediaan Kemudahan di Taman Rekreasi
(a) Kemudahan yang Disediakan
- alat-alat permainan untuk kanak-kanak
- alat-alat untuk senaman ringan
- tempat duduk, tandas awam, dan lorong pejalan kaki
- bakul sampah, lampu, dna pondok telefon
- gerai makanan dan minuman
(b) Keadaan Kemudahan di Taman Rekreasi
- masih tidak dilengkapi dengan kemudahan tertentu
- ada yang dalam keadaan kurang sempurna oleh faktor semula jadi dan perlu diganti
- ada yang tidak digunakan dengan betul lalu rosak
- ada yang tidak diberi penyelenggaraan yang sepatutnya oleh pihak yang berkenaan
(Masa diperuntukan 15 Minit)
Rangka karangan ialah skim atau rancangan isi-isi penting yang hendak dibincangkan dalam sesebuah karangan. Membuat rangka karangan ialah perancangan isi-isi karangan, sebagaimana pentingnya pelan bagi sebuah bangunan. Demikianlah pentingnya rangka bagi sebuah karangan . Adalah mustahil dapat kita menghasilkan sebuah karangan yang baik tanpa membuat rangkanya terlebih dahulu. Oleh itu perlulah kita menguasai teknik-teknik membuat rangka karangan.
- Baca soalan dan pilih karangan mengikut kemampuan.
- Pastikan anda selesa dan mengetahui tentang topic karangan yang di pilih.
- Baca soalan berulang-ulang sehinggan anda benar-benar memahami kehendak soalan.
- Gunakan sekeping kertas putih yang dibekalkan untuk melakar Rangka Karangan yang anda pilih.
- Mulakan rangka dengan Pendahuluan – Isi (5 – 6 Isi) – Penutup / Kesimpulan.
- Untuk bahagian Rangka Isi, susun isi mengikut kesesuaian kepentingan. Yang lebih penting berada di atas diikuti dengan yang kurang penting.
- Peruntukan 15 Minit untuk sesi melakar Rangka Karangan ini.
Masalah kehilangan anak senantiasa berkumandang di corong-corong radio dan menghiasi media massa kita sejak akhir-akhir ini. Bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah-masalah kehilangan anak daripada terus berleluasa.
Contoh Rangka Karangan :
Pendahuluan : berita kehilangan kanak-kanak yang disiarkan media massa amat menggusarkan – tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini
Isi-isi
peranan ibu bapa – mengawasi pergerakan anak-anak mereka – peranan sekolah – menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat – peranan taman asuhan kanak-kanak – mengambil langkah-langkah bagi menjamin
keselamatan kanak-kanak – peranan masyarakat – bersikap prihatin apabila melihat kejadian yang mencurigakan – peranan polis – mengetatkan kawalan di kawasan tumpuan kanak-kanak – penguatkuasaan undang-undang – tindakan tegas terhadap penculik dan pembunuh kanak-kanak
Penutup : semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam menangani masalah kehilangan kanak-kanak.
Jun
Tiga soalan karangan dikemukan. Anda dikehendaki memilih satu soalan sama ada Soalan 1, 2 atau 3. Bagi menghasilkan karangan yang baik, anda perlu merancang karangan anda terlebih dahulu. Berikut cadangan langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum dan selepas menulis karangan.
- Baca dan fahami kehendak atau pertanyaan soalan
Baca soalan dengan teliti, fahami kehendak atau arahannya. Bagi sesetengah soalan, ayat pertama atau ayat kedua adalah maklumat
situasi, manakala kehendak atau arahan soalan adalah ayat terakhir Hindari sikap terlalu gopoh.
Sebagai contoh, perhatikan soalan berikut:
Sekolah kamu menganjurkan kejohanan olahraga. Tuliskan sebuah karangan yang menggambarkan suasana di kejohanan tersebut.
Ayat pertama maklumat atau situasi, manakala ayat kedua kehendak soalan. Amati kehendak soalan dan jawab apa yang ditanya. Perkara lain yang berkaitan dengan situasi dan kehendak soalan juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan sebuah karangan yang lebih menarik.Perkara-perkara yang tiada kaitan elakkan sama sekali.
- Merangka atau mencatat isi-isi penting karangan
Rangka karangan hendaklah dibuat berdasarkan tiga bahagian Iaitu:
a. Pengenalan / pendahuluan
b. Isi ( memadai tiga isi ) beserta huraian dan contoh
c. Penutup
- Menulis karangan lengkap berdasarkan kerangka atau isi-isi penting karangan
- Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
- Perenggan pertama pendahuluan, perenggan kedua, ketiga dan keempat isi dan perenggan akhir penutup.
- Setiap isi hendaklah disertakan dengan huraian dan contoh.
- Semakan
- Pastikan struktur ayat, ejaan, tanda baca dan kosa kata yang digunakan betul dan tepat.
- Pastikan setiap isi disertakan huraian dan contoh.
Jun
Semangat Kejiranan Terhakis Dalam Masyarakat Kita?
Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.
Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.
Jun
Kemelut – Masalah
Membarahi - Melanda
Senario – Keadaan
Mengaibkan nama Negara - memalukan nama Negara
Tumbuk Rusuk – Makan Suap, Rasuah, Korupsi
Nafsi – mementingkan diri sendiri
menopang dagu - termenung
seantero – seluruh
Beraja di mata, bersultan di hati – terlalu mengikut nafsu
Jauh panggang dari api – merosakkan harta benda
lumrah – kebiasaan
ketandusan – tiadak ada
Menegakkan benang basah – mempertahanan perkara yang salah
Intan paying dan nyawa – sangat disayangi
meranapkan -menghancurkan
sanubari – jiwa
akar umbi – punca
bejat - gawat
sayugia – harus, patut
Jun
Pembentukan sahsiah seseorang pelajar tidak mungkin sempurna tanpa penglibatannya dalam aktiviti kokurikulum. Bahaskan pernyataan ini
Pendahuluan :
- matlamat utama Falsafah Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
- pendidikan akademik sahaja tidak mungkin mencukupi
- perlu diseimbangkan dengan aktiviti kokurikulum
Isi :
- Mengasah kebolehan fizikal ( misalnya melalui aktiviti permainan)
- memupuk bakat kepimpinan ( dengan mengetuai persatuan)
- memupuk kebolehan menyelesaikan masalah/ krisis – menjayakan sesuatu projek
- memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan
Penutup :
- jelaslah betapa pentingnya aktiviti kokurikulum dalam membentuk sahsiah seseorang pelajar
- oleh itu, aktiviti kokurikulum tidak harus dipandang remeh
- pelajar harus mengimbangkan bidang akademik dengan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum
Jun
Peranan sukan sebagai wahana perpaduan
- Peserta setiap negara akan melupakan politik/ fahaman/ideologi masing-masing
- Memahami budaya/ cara hidup masyarakat negara lain terutama tuan rumah
- Meningkatkan hubungan diplomatik antara negara
- Mengutamakan semangat berpasukan
- Mewujudkan persaingan secara sihat/ semangat kesukanan
- Memupuk sikap patuh/ hormat akan peraturan semasa pertandingan
Perkembangan sukan di negara kita.
- sukan di Malaysia – selaras dengan perkembangan negara yang sedang menuju era teknologi moden yang serba canggih
- kemudahan sukan dibina untuk kemudahan atlet-atlet negara dan masyarakat – lebih berkesan
- pembangunan sukan diteruskan seperti projek kem bakat untuk melahirkan bakat - bakat baru dalam bidang sukan
– wujud sekolah sukan yang diubahsuaikan kokurikulumnya – Sekolah Sukan Bukit Jalil
- MSN – merangka program-program pembangunan sukan dengan menerima peruntukkan daripada kerajaan dan bantuan daripada pihak swasta
- Malaysia berusaha dan telah pun berjaya menganjurkan pelbagai sukan bertaraf antarabangsa seperti SUKOM 98, Lumba Kereta Formula 1
– penganjuran sukan bertaraf antabangsa ini dapat menangkis tomohan segelintir pihak yang cemburu dengan pencapaian negara
- secara tidak langsung mengundang rasa bangga kita terhadap mutu sukan negara
Faedah bersukan.
- banyak faedah yang diperoleh daripada aktiviti sukan, antaranya dari segi kesihatan
– mengekalkan tahap kesihatan yang tinggi – sentiasa sihat dan cerdas
- membentuk disiplin diri – berjaya dalam apa jua cabaran
- masa terluang dapat dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah daripada melakukan perkara-pekara yang tidak mendatangkan kebaikan
- mewujudkan suasana perpaduan antara kaum – menimbulkan suasana kemesraan di kalangan rakan sepermainan
- pada tahap profesional – memberikan sumber pendapatan yang lumayan
- atlet tempatan kita dapat berpelung untuk menerima latihan yang lebih baik dengan berlatih di luar negara bersama dengan atlet-atlet yang bertaraf antarabangsa
Jun
Dewasa ini masalah kebejatan sosial menjadi isu yang hangat diperkatakan. Pelbagai sebab yang mendorong berlakunya masalah ini. Ada yang berpendapat bahawa masalah ini disebabkan oleh kemiskinan. Jelaskan pendapat anda.
Pendahuluan :
- pada pandangan kasar – kecetakan ilmu dan kekurangan disiplin diri membawa mereka ke kancah neraka kebejatan sosial
- terpesong arah tuju lantaran mengikut tetunjuk nafsu
- namun timbul pertanyaan yang bertali-temali – mengapa mereka terlibat
- kemiskinan jadi jawapannya
Isi :
- keadaan keluarga yang kucar-kacir – terpaksa menanggung keluarga – mengundang malapetaka – penderaan mental dan fizikal
- mengundang perasaan bosan dan malas – remaja rela meninggalkan rumah – menuju ke rumah rakan ataupun berpeleseran di puat membeli belah atau lebih teruk menuju ke “ lorong-lorong gelap”
- keadaan yang tertekan di rumah menyebabkan mereka mencari jalan penyelesaian dengan mencari kawan senasib mereka – tanpa bimbingan orang yang lebih arif
- lantaran terarah ke kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral dan berpeleseran sehingga ke kancah jenayah yang lebih bahaya
- Keadaan persekitaran perumahan yang tidak selesa dan pembanguan yang tidak terurus juga membawa kepada permasalahan ini
- kesempitan hidup – mengundang mereka untuk melipatgandakan pendapatan tanpa mengira halal haram haram
Penutup :
- kemiskinan – peningkatan gejala sosial
- perlu lebih prihatin terhadap masalah kemiskinan
- perlu mengurangkan kadar kemiskinan atau jika dapat sifarkan terus daripada kamus masyarakat Malaysia
51 KOPERASI DAN PERSATUAN
-Jenis-jenis dan peranan
-Fungsi dan tanggungjawab koperasi @ persatuan
-Sambutan terhadap koperasi @ persatuan
-Program Usahawan Muda
52 PENYAKIT BERBAHAYA
Jenis-jenisnya
Cara-cara mencegahnya
Punca-punca penyakit berjangkit
53 MUZIK
-Dunia muzik hari ini
-Kerjaya dalam bidang muzik
-Kebaikan dan keburukan muzik
54 SEJARAH
-Tempat-tempat bersejarah
-Pemulihan tempat-tempat bersejarah
-Permasalahan dalam mengekalkan tempat -tempat bersejarah
55 PERNIAGAAN /PERDAGANGAN
-Jualan murah
-Barang-barang tempatan dan barang import
-Kebaikan berniaga
-Karnival Jualan Mega
56 AMALAN PEMAKANAN
-Jenis-jenis makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia
-Makanan seimbang
-Kebersihan tempat menjual makanan
57 JIMAT CERMAT
-Tujuan berjimat cermat
-Cara-cara menggalakkan berjimat cermat
-Faedah-faedah mengamalkan berjimat cermat
58 PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR
-Perkembangan di Malaysia
-Cara-cara menggalakkan masyarakat makan ikan
-Masalah yang dihadapi oleh penternak ikan
-Projek akuakultur
59 DISIPLIN PELAJAR
-Tahap disiplin pelajar hari ini
-Punca-punca yang menimbulkan masalah disiplin
-Usaha-usaha mengatasi masalah disiplin
60 MEDIA CETAK
-Jenis-jenis media cetak
-Pengaruh media cetak
-Peranan dan fungsi media cetak
-Masa depan media cetak
61 ALAT PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN
-Jenis-jenis alat pengangkutan dahulu dan sekarang
-Isu berkaitan dengan kenderaan awam
-Peranan dan fungsi pengangkutan
26 WARGA TUA
-Sikap masyarakat terhadap warga tua
-Usaha-usaha membantu warga tua
-Kebaikan membantu warga tua
27 KANAK-KANAK
Isu kanak-kanak terbiar
-Penggunaan tenaga kerja dalam kalangan kanak-kanak
-Tanggungjawab masyarakat terhadap kanak-kanak
28 KESIHATAN
-Kepentingan kesihatan
-Cara-cara menjaga kesihatan
-Tahap kesihatan rakyat
-Gaya Hidup Sihat
29 MAJIKAN DAN PEKERJA
-Tanggungjawab majikan terhadap pekerja
-Kualiti kerja dan produktiviti
-Etika kerja
30 TELEVISYEN / VIDEO / FILEM
-Pengaruh terhadap masyarakat
-Kesesuaian rancangan terhadap masyarakat
-Fungsi dan peranannya
-Cetak Rompak
31 PASAR RAYA / PASAR TANI / PASAR MALAM
-Perkembangan di Malaysia
-Kebaikan dan keburukannya
-Sebab-sebab tempat tersebut menjadi tumpuan
32 AMALAN MEMBACA
-Sikap membaca di kalangan masyarakat
-Usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
-Faedah membaca
33 PERUBATAN MODEN
-Perkembangan perubatan moden
-Kesan penggunaan ubat-ubat moden
-Kemudahan perubatan di Malaysia
34 PERUBATAN TRADISIONAL
-Peranan dan pengaruh bomoh
-Perbandingan p.moden dengan p.tradisional
-Keberkesanan penggunaan perubatan tradisional
35 SAINS DAN TEKNOLOGI
-Kemajuan dan perkembangan
-Ciptaan-ciptaan baru
-Kesan sains dan teknologi
36 PENDIDIKAN
-Perkembangan pendidikan di Malaysia
-Masalah pendidikan di Malaysia
-Kepentingan pendidikan
Jun
Pendahuluan :
- - lebih membimbangkan – pada tahun 1990 – 3,876 kes yang direkodkan di Mahkamah Juavana
- - pelajar-pelajar di kawasan bandar menunjukkan peningkatan kadar jenayah yang lebih ketara berbanding dengan pelajar di kawsan luar bandar
- - perkara ini memerlukan perhatian yang lebih serius daripada ibu bapa, guru, masyarakat dan pemimpin negara kerana mereka inilah generasi yang menentukan masa depan negara
- - rasa hormat terhadap guru sudah berkurangan.
- - Malah rasa kasih sayang kepada ibu bapa juga hampir hilang
Punca masalah disiplin :
- - tidak harus menunding jari menyalahkan sesama sendiri
- - kurangnya pengawasan dan perhatian daripada ibu bapa – saban hari mengejar kemewahan duniawi
- - tekanan yang dihadapi oleh pelajar daripada keluarga dan sekolah – mengharapkan sesuatu yang mustahil
- - kurangnya didikan agama menyebabkan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya lain yang terpesong daripada ajaran agama dan moral
- - pengaruh media massa- pemikiran remaja yang mengingini sesuatu yang mengikut peredaran zaman
- - pengaruh rakan sebaya – remaja menjadi liar dan lupa tanggungjawab kepada ibu bapa dan diri sendiri
Usaha mengatasi masalah disiplin :
- - perhatian dan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa – proses memasuki alam remaja dan dewasa – amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada keluarga
- - menitikberatkan pendidikan agama – sekiranya tidak mudah terpesong dan terpengaruh kepada anasir negatif
- - peranan sekolah – mendidik dengan nilai-nilai yang baik dan melakukan aktiviti yang berfaedah
- - matapelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam – menanam nilai-nilai murni
- - media massa – melakukan tanggungjawab sosial – jangan hanya pentingkan keuntungan semata-mata
- - Program kerajaan – Rakan Muda dan Khidmat Negara – syabas diucapkan
1 PERINDUSTRIAN
-Jenis-jenis
-Kebaikan & keburukan penggunaan teknologi moden
-Prestasi negara dalam perindustrian
2 INDUSTRI DESA
-Jenis-jenis
-Usaha-usaha dan tujuan memajukan industri desa
-Sambutan terhadap hasil keluaran industri desa Halangan-halangan
3 PEMBALAKAN
-Kesan Pembalakan
-Usaha -usaha mengekalkan kawasan hutan
-Isu pembalakan haram
4 TEMPAT REKREASI
-Fungsi dan peranan taman rekreasi
-Sambutan masyarakat terhadap taman rekreasi
-Penyediaan kemudahan di taman rekreasi
5 PENSWASTAAN
-Faedah – faedah penswastaan
-Perkembangan penswastaan di Malaysia
-Penglibatan pihak swasta dalam bidang tertentu
6 INDUSTRI PERIKANAN
- Masalah yang dihadapi oleh nelayan
-Penggunaan teknologi moden dalam industri perikanan
-Perkembangan dan sumbangan industri perikanan 7 AGENSI KERAJAAN
- Jenis-jenis agensi kerajaan
-Peranan dan fungsi agensi kerajaan
-Keberkesanan agensi kerajaan
8 KEMPEN
-Tujuan diadakan kempen
-Sambutan masyarakat terhadap kempen
-Keberkesanan kempen
9 INDUSTRI PELANCONGAN
-Usaha dan cara memajukan industri pelancongan
-Kesan industri pelancongan kepada negara
-Perkembangan industri pelancongan
10 PERUMAHAN
-Masalah perumahan pada hari ini
-Isu yang berkaitan dengan pemaju perumahan
-Usaha mengatasi masalah perumahan
Anda sekeluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana rumah anda telah ditenggelami air. Ceritakan pengalaman anda berdasarkan isi-isi di bawah.
Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah kata.
Pendahuluan:
- hujan lebat turun tanpa henti-henti selama beberapa hari – kawasan rendah di naiki air – air sungai melepasi paras bahaya
Isi-isi penting:
- keadaan banjir bertambah teruk – penduduk kampung telah diarah bersiap untuk berpindah – membantu ayah memindahkan barang-barang ke tempat yang selamat.
- kami sekeluarga dan jiran tetangga dipindahkan oleh pasukan penyelamat – ditempatkan di dewan sekolah
- diberikan bantuan selimut, pakaian, dan makanan – tidur di dewam sekolah – tidak dapat melelapkan mata kerana suasana bising
- beberapa orang wanita bersama-sama menyediakan makanan – melakukan kerja secara bergotong-royong – hubungan menjadi mesra
Penutup:
- suatu pengalaman yang menyeronokkan – apabila banjir sudah surut orang ramai dibenarkan pulang – banyak harta benda rosak
Bincangkan kepentingan bangunan bersejarah di negara kita.
- Bangunan bersejarah – bangunan tinggalan zaman dahulu
- Mempunyai nilai budaya dan kesenian tersendiri, dan melambangkan identiti negara
A. bernilai seni dan estetika
- - Mempunyai seni bina yang halus dan berbentuk budaya bangsa
- - Ukiran pada dinding kayu – tradisi yang unik
- - Menikmati keunikan dan kreativiti – seni bina orang zaman dahulu
- - Dapat dihayati oleh generasi akan datang
B. Menyenangkan kajian Sejarah
- - Mendalami sejarah negara – bangunan bersejarah
- - Dapat lihat sendiri peristiwa sejarah yang berlaku
- - Dapat menggambarkan persengketan dan tumpahan darah – kesan yang sebenar
- - Senang memahami fakta sejarah
- - Cth : Kota A formosa, St.Paul’s Church , Kubu Cornwallis di Pulau Pinang
C. Menarik minat pelancongan
- - Nilai ekonomi yang tinggi
- - Tumpuan para pelancong – meneliti nilai sejarah yang sebenar
- - Cth : Kelly’s Castle, Lembah Bujang, Menara Condong Teluk Intan, Bangunan sultan - Abdul Samad – sejarah yang tersendiri
- - Memajukan perkembangan industri pelancongan
- - Imej negara dan pengaliran wang asing
E. Menarik minat penerbit dan pengarah filem
- - Latar tempat penting untuk menfilemkan sesuatu filem
- - Pengarah filem memilih tempat bersejarah
- - Filem “ Bukit Kepong “ lakonan Datuk Jin Shamsuddin – paparkan sebenar tempat asal
- - Penggambaran filem “ Anna and the King – di Perak dan Pulau Pinang – menyakinkan penonton tentang nilai sejarah semasa pemerintahan Raja Mongkut di negara Thailand
F. Mengingatkan generasi muda
- - Mengingatkan kita terhadap peristiwa lampau
- - Pengajaran kepada genesai akan datang
- - Menyedari pahit maung yang dialami dalam perjuangan kemerdekaan
- - Menghargai keamanan, kemerdekaan dan kebebasan
- - berhati-hati dengan kesilapan dan mengelakkannya
Kesimpulannya :
- - Memang sebahagian dari negara kita
- - Tidak ternilai harganya dan mesti dikekalkan
Jun
Kepentingan Kesihatan
- konsep kesihatan merangkumi aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani
- membentuk masyarakat yang sejahtera dan produktif
- mengekalkan kecergasan tubuh badan
- menyukarkan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit
- menjadikan otak lebih cerdas
- menjadikan hidup lebih selesa dan bahagia
- melancarkan tugasan harian yang dilakukan dan mencapai apa-apa matlamat yang dirancang
Cara-cara Menjaga Kesihatan
- mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat
- melakukan senaman dan menjalankan aktiviti rekreasi
- mempunyai waktu rehat yang cukup
- melakukan pemeriksaan kesihatan
- menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, dan alam sekeliling
- tidak mengambil sesuatu yang dapat memudaratkan kesihatan secara berlebih-lebihan seperti gula, makanan yang berlemak dan sebagainya
- menjauhkan amalan yang dapat menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, minum minuman keras, dan sebagainya
Tahap Kesihatan Rakyat
- cukup memuaskan, baik di bandar mahupun di luar bandar, baik dalam kalangan kanak-kanak mahupun dalam kalangan orang dewasa dan orang-orang tua
- dapat menyaingi tahap kesihatan rakyat di negara maju
- jarang-jarang sekali berlakunya wabak penyakit yang serius
- kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dalam kalangan rakyat begitu tinggi
- kawalan terhadap sesuatu penyakit mudah dan pantas dilakukan
- perkhidmatan kesihatan disediakan di seluruh pelosok negara
- mutu perkhidmatan kesihatan semakin baik dengan meningkatnya kemahiran pegawai kesihatan dan penggunaan peralatan yang canggih
- mutu perkhidmatan kesihatan dikagumi dan diberi pengiktirafan hingga peringkat antarabangsa
kesan positif
1. Kepada negara
-membantu perkembangan ekonomi negara
-menyumbangkan pendapatan lumayan kepada negara
-menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa
-mengurangkan beban kewangan negara
-mengekalkan kestabilan dan keamanan negara
-memupuk perpaduan nasional
2.Kapada masyarakat
-menyumbangkan pendapatan lumayan
-meningkatakan taraf hidup masyarakat
-meningkatkan taraf kesihatan
-menyediakan banyak peluang pekerjaan
-menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat
3. Kepada perhubungan Antarabangsa/Dunia
-mendapat pengiktirafan antarabangsa
-menjalin perhubungan diplomatik
-menerima bantuan dan pelaburan
-publisiti dan promosi di peringkat antarabangsa
-keselamatan dan keamanan dunia
Kesan negatif
1. kesan kepada negara
-mencemari imej negara di peringkat antarabangsa
-meningkatkan beban kewangan negara
-menggugat kestabilan negara
-mengancam perpaduan negara
-mencetuskan masalah pengangguran dan kemiskinan
-pembangunan negara terjejas
2. Kesan kepada masyarakat
-mencemari imej masyarakat
-mengancam adat dan budaya tempatan
-menggugat keselamatan dan kesejahteraan
-masalah kemiskinan dan pengangguran
-hubungan rakyat dengan kerajaan terjejas
3. kepada institusi pendidikan
-mencemari imej sekolah
-sekolah menjadi tempat yang kirang selamat
-mengancam perkembangan sistem pendidikan negara
-masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap Kementerian Pelajaran
-menghalang pembentukan Sekolah Penyayang dan sekolah Wawasan
4. Kepada diri sendiri
-menghancurkan masa hadapan
-mencemari imej diri sendiri
-akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat
-berhadapan dengan masalah pengangguran dan kemiskinan
-menjejaskan kesihatan diri
5.kepada keluarga
-mencemari imej keluarga
-keluarga berhadapan dengan masalah kewangan
-akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat
-menjejaskan hubungan baik anggota keluarga
-meninggalkan kesan mental dan psikologi yang mendalam
6. Kepada perhubungan antarabangsa/dunia
-menjejaskan perhubungan diplomatik
-menerima ancaman daripada negara-negra maju
-keamanan dan keselamatan dunia terancam
-perpecahan,rusuhan dan peperangan
-dunia akan kiamat
Jun
Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban di atas perbuatan tersebut.
Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat. Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah di merata tempat. Di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebabkan kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang mengakibatkan bayi berkenaan mati kelemasan. Di Indonesia, seorang penduduk Bekasi melihat benda berwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di tepi sungai. Di China pula seorang bapa membuang anaknya yang berusia setahun ke dalam sungai kerana menyangka anaknya itu mati setelah tidak sedarkan diri kerana sakit perut. Manakala di Amerika Syarikat, seorang remaja perempuan berumur 19 tahun, Krystal Johnson dituduh membunuh setelah membuang bayinya ke kawasan yang kotor.
Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya pada tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97 kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut.
Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?
Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.
Jun
Anda mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang akan anda sampaikan ialah “ Alam Sekitar dan Tanggungjawab Bersama”. Sediakan teks syarahan itu selengkapnya
Pendahuluan: Kata-kata aluan
Isi :
A. Def: alam sekitar- Apa-apa yang ada di langit dan di bumi & Tanggungjawab
- - amanah atau tugas yang perlu dipikul oleh seseorang &
- - semua bermaksud pihak yang terlibat.
- - Ini bereti menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama sesuai dengan pepatah
- “bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”
Hadirin sekalian,
B. Ia menjamin keselesaan dan kecerdasan kita seiring dengan pembangunan negara
- - Pembangunan yang dibina tanpa dilupakan
- - kepentingan keindahan alam dan flora
- - Cukup beruntung kerana memiliki pemimpin yang sedar akan kepentingan alam sekitar
- - kewujudan lebih banyak hutan simapanan hutan rezab
- - kita sedar akan tanggungjawab Bersama
- - Masyakarat Jepun percaya akan semangat alam
- - sekiranya alam sihat & sejahtera , manusia atau penghuninya juga demikian
C. Alam – wajah kita sebenarnya & imej diri kita
- - Daya penarik kepada pelancong – secara tidak langsung membantu dasar ekonomi negara
- - Negara yang kurang sumber alam mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan alam
- - namun kita yang begitu kaya dengan sumber kaya leka akan keindahan alam
Hadirin yang dihormati,
D. Ia adalah satu tanggungjawab menyeluruh dan bebanan yang tiada nilainya – kita harus bersikap
lebih peka dan positif dalam hal
- - Tidak harus letakkan bebanan ini diatas bahu orang lain
- - Nilai ini perlu dipupuk dari kecil lagi bah kata pepatah
- “melentur buluh biarlah dari rebungnya“
- - kita harus menjadi teladan kepada orang lain
- - jangan kerana keuntungan, kita lupa akan janji kita kepada alam
- - Setiap pihak harus turun padang dalam menjayakan slogan “ Alam sekitar dan tanggungjawab bersama” & harus berusaha mencari jalan untuk menjadikan alam sekitar selamat dihuni manusia
Penutup :
Hadirin sekalian,
- - Pemikiran sebeginilah yang diharapkan agar masyarakat berasa bertanggungjawab dan sumbangan yang bakal diberikan oleh mereka amat dihargai.
- - Maka tidak dapat dinafikan bahawa tangguungjawab menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama.
- - Marilah kita sama-sama melaungkan dan merealisasikan slogan “ Alam Sekitar dan tanggungjawab Bersama”