Kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah
- Pelajar dilatih berdisiplin
- Dalam aktiviti berpersatuan mendapat pelbagai pengetahuan
- Pelbagai pandangan dan idea boleh dikongsi antara sesama ahli
- Memperoleh badan yang cergas, minda juga turut menjadi cerdas
- Pelajar dididik dengan semangat kerjasama dan toleransi sesama ahli pasukan
- Kokurikulum menjadi satu nilai tambahan dalam proses pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam.
- Dapat menghasilkan generasi berilmu yang mempunyai kebolehan dan kesungguhan yang menyeluruh.
- Membentuk modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.
Kekeliruan1:
Saya terdengar informasi terkini. karangan laras sastera langsung tidak boleh sentuh isi larasan sains. Begitu juga karangan larasan sains tidak boleh sentuh isi sastera dan tidak boleh simpan peribahasa. adakah ini benar?
PENJELASAN
KARANGAN LARAS SASTERA BOLEH DIBERI HUJAH SAINS TETAPI TIDAK PERLU SAINTIFIK SANGAT. SECARA UMUM SUDAH BAIK.
Contoh:
STPM 2007.1. BELAKANGAN INI BANYAK TERDAPAT PROJEK PERUMAHAN YANG TERBENGKALAI DI SELURUH NEGARA YANG AKAN MENIMBULKAN KESAN NEGATIF KEPADA PELBAGAI PIHAK. LANGKAH-LANGKAH TERTENTU PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MEMBENDUNG MASALAH TERSEBUT. BINCANGKAN.
Satu kesan projek perumahan terbengkalai ialah pencemaran alam. Kesan ialah kawasan itu membiak nyamuk dan tikus, penyakit merebak.(tak perlulah saintifik sangat hujah anda)
Satu lagi kesan ialah imej negara terjejas.
STPM 2008. 2 KESEPADUAN SEKTOR PELANCONGAN DENGAN ALAM SEMULA JADI TELAH MENCETUSKAN AKTIVITI PELANCONGAN YANG DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA NEGARA. LANGKAH-LANGKAH YANG SEWAJARNYA PERLU DIAMBIL UNTUK MEMASTIKAN AKTIVITI INI BERTERUSAN. BINCANGKAN PENYATAAN INI.
Satu langkah ialah Perancangan yang rapi penting.
Lebih banyak hutan simpanan diwartakan. Contoh Taman Alam Kuala Selangor, Kuala Gula(Perak) dan Taman Negara Bako di Sarawak. (FRIM, PERHILITAN)Keunikan flora dan fauna hidup di di sesuatu kawasan dengan pelbagai cara adaptasi dikaji. Maklumat sistem rantai makanan yang unik dan saling memerlukan di sesuatu habitat disediakan.Misalnya ‘Spice Garden” di Pulau Pinang dirancang dengan baik.
Ilmu pengetahuan disebarkan melalui pemandu pelancong.Malah herba-herba itu dirasa oleh pelancong melalui masakan. (Komen Cikgu: lihat, pasti ada sikit hujah sains)
STPM 2003.3 OBESITI MERUPAKAN SATU MASALAH KESIHATAN YANG BERLAKU DALAM KALANGAN ANGGOTA MASYARAKAT TANPA MENGIRA PERINGKAT UMUR. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA MASALAH TERSEBUT DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA.
Salah satu kesan ialah kesan jiwa. Wajah terjejas, kawan semakin kurang, hidup menyendiri.(Ini bukan hujah sains tetapi boleh diterima.)
STPM 2008.1 Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan pekhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.
Isi bukan sains tetapi hujuh mesti ada unsur sains sebab tajuk ini melibatkan telekomunikasi.
Contoh isi dengan hujah sainsnya.
Pentadbiran kerajaan menjadi cekap. Urusan “one-stop” dapat disediakan.Ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian pelbagai perkhidmatan media elektronik.Kios urusan dan bentuk kaunter fizikal dan maya disediakan.Misalnya kios komputer disediakan di pusat membeli belah.Orang ramai boleh membaharui lesen memandu, bayar cukai pendapatan, mendaftar diri sebagai pengundi sekali gus di situ.
Ini bermakna tiada sekatan masa dan lokasi untuk berurusan.
Kekeliruan 2.
Jika isi saya tidak kena skema jawapan, jadi perenggan isi tersebut langsung tiada markah?
Penjelasan cikgu:
Anda sendiri keliru sahaja.
Jika dalam skema punca jenayah ialah faktor keluarga.
Anda tulis ibu bapa abaikan asuhan anak-anak, betul juga.
Jika anda tulis krisis keluarga, betul juga.
Jika anda tulis kawalan ketat ibu bapa sehingga anak-anak memberontak, betul juga.
Jika anda tulis keluarga miskin dan ibu bapa sibuk bekerja di luar, betul juga.
Jadi, yang penting maksud isi mesti sama atau hampir sama. Bukan perkataan yang digunakan dalam skema.
Contoh:
Tajuk: Kepentingan internet.(Ini soalan bahagian B, tetapi isi bukan semua sains, yang perlu ialah hujahnya ada banyak unsur sains)
Skema Isi 1: MEMAJUKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN.
Anda tulis internet memajukan pentadbiran negara, betul juga.
Anda tulis internet membantu jabatan kerajaan menguruskan permohonan dan lesen, betul juga.
Anda tulis internet mempercepatkan pemprosesan dan penyimpanan data,betul juga.
Anda tulis internet mewujukan kerajaan elektronik, betul juga.(semua idea adalah sama sahaja)
Jun
Rakan anda yang berada di luar negara ingin mengetahui keistimewaan yang terdapat di negara kita dan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menjelaskan perkara tersebut.
Pendahuluan :
- pihak kerajaan memberikan komitmen tinggi sehingga peringkat kementerian untuk menangani hal-hal yang berkaitan dengan pelancongan
- Kadar kemasukan pelancong asing ke dalam negara turut meningkat
- Contohnya pada tahun 1990 sahaja jumlah pelancong yang masuk ke negara kita ialah lebih kurang 6.8 juta orang
Keistimewaan Malaysia :
- keindahan flora dan fauna
- keunikan budaya yang berbeza
- makanan
- tempat bersejarah
Usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan :
- mengadakan promosi secara lebih agresif dan meluas sama ada di dalam ataupun di luar negara
- melanjutkan kempen Tahun Melawat Malaysia
- memelihara kemudahan dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong
- mengadakan usahasama dengan badan pelancongan dari luar negara
- mencari dan mengenal pasti tempat-tempat yang berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan
- kerjasama daripada badan-badan korporat seperti MAS untuk mempromosikan negara kita di luar negara
- menanamkan kesedaran di kalangan rakyat tentang peranan mereka dalam usaha memajukan industri pelancongan yang akan memberi manfaat kepada semua
- meningkatkan kesedaran rakyat agar bersikap lebih mesra terutama kepada pelancong luar dan mempunyai tatatertib yang melambangkan kehalusan budi bahasa rakyat Malaysia
- pelancong tempatan pula semakin menumpukan perhatian kepada destinasi-destinasi pelancongan dalam negara
Jun
Dalam menongkah era dunia tanpa sempadan, pelbagai masalah timbul selaras dengan kemajuan Malaysia di persada global. Masyarakat masih disogokkan dengan gejala merokok yang membimbangkan. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam Modul Berhenti Merokok (2001) membuktikan 20 peratus perokok di Malaysia terdiri daripada golongan remaja dan statistik ini meningkat setiap tahun. Dianggarkan 50 hingga 60 orang remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari. Siapakah yang perlu dipersalahkan apabila generasi pewaris kepimpinan negara terlibat dengan gejala merokok? Tidak sedarkah para remaja bahawa merokok ibarat perjalanan bahaya menempah maut? Sesungguhnya, gejala merokok yang kian kronik perlu diberi perhatian serius oleh segenap lapisan masyarakat agar rakyat Malaysia kekal sihat dan berupaya menyumbangkan tenaga ke arah kecemerlangan negara.
Hari Tanpa Tembakau merupakan inisiatif proaktif Pertubuhan Kesihatan Sedunia secara global, bertujuan mengingatkan masyarakat tentang wabak tembakau yang meracuni gaya hidup masyarakat sedunia serta membunuh empat juta penduduk dunia setiap tahun. Angka ini dijangka meningkat kepada 10 juta orang pada tahun 2030. Statistik daripada Sufean (2004) menunjukkan 49 peratus lelaki dewasa di Malaysia, merokok, dan jumlah ini melebihi peratusan perokok di negara maju, iaitu 38% di Britain, 35% di Amerika Syarikat dan 30% di Sweden. Setiap hari, antara 14,000 hingga 15,000 remaja mula menjadi penagih tembakau di negara maju. Di negara-negara membangun dan di negara mundur, perokok remaja meningkat antara 68,000 hingga 84,000 orang. Tegasnya, masyarakat perlu sedar akan bahaya merokok agar tidak menjerumuskan diri sendiri ke lembah maut.
Jun
Kepentingan dan Faedah Perpaduan Kaum
- rakyat dapat bersatu padu untuk memajukan negara
- rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmonis
- negara menjadi aman dan menjadi benteng keselamatan daripada ancaman musuh
- keadaan yang aman damai menggalakkan pelabur-pelabur asing melabur di negara kita; dapat meningkatkan ekonomi negara
- menaikkan nama baik negara sebagai sebuah negara yang berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya
Usaha-usaha Memupuk Perpaduan Kaum
- menyusun semula masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial
- mengadakan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keharmonian antara kaum
- mengadakan kempen-kempen tentang perpaduan kaum
- memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bekerjasam dan sebagainya
- menggalakkan penduduk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan
- mengadakan suatu sistem pendidikan bagi menyatukan penduduk pelbagai kaum
- menggalakkan penduduk menyambut hari perayaan, sambutan, hari kebesaran dan sebagainya
Perpaduan Kaum pada Hari ini
- masyarakat mengelak daripada menimbulkan sesuatu yang sensitif kepada sesuatu kaum
- masyarakat semakin menghormati adat resam, budaya dan agama kaum lain
- masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup dalam suasana yang harmoni di sesuatu kawasan
- konsep rumah terbuka sudah menjadi suatu budaya baru; masyarakat perlbagai kaum mengambil kesempatan ini untuk kunjung-mengunjung
- masyarakat bersama-sama berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara
Aktiviti membeli-belah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila kita mempunyai wang yang banyak yang membolehkan kita membeli apa-apa sahaja barangan dan perkhidmatan yang disukai. Malah ada orang yang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti wajib yang mesti dilakukan sebaik sahaja menerima upah atau gaji pada setiap bulan.
Pengeluar barangan dan perkhidmatan sentiasa berlumba-lumba menghasilkan pelbagai produk dan barangan dengan tawaran yang cukup mengasyikkan pengguna. Tambah mengujakan pengguna, tentulah lambakan tawaran daripada pelbagai barangan berjenama di pasaran. Siapa yang tidak tergoda apabila melihat tawaran harga barangan berjenama yang menjunam sehingga 70 peratus? Syarikat kewangan pula menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan kad kredit untuk memudahkan pengguna berbelanja. Namun, yang membimbangkan ialah apabila keseronokan membeli-belah menyebabkan pengguna akhirnya tidak dapat mengawal perbelanjaan bulanan, yang kemudiannya terjerumus ke dalam beban hutang yang tidak disangka-sangka.

What: New grading system for STPM examinations
When: To be implemented in 2012
Explanation of the modular system:
The modular system will have its assessment conducted at the end of the semester.
Each of the three semesters will have assessments.
The motivation behind this move is to mimic the continuous assessment in typical tertiary education institutions.
Coursework and school-based projects will also be assessed.
Only lower six students will be affected.
The content of the STPM syllabus however will stay the same.
This new announcement by Deputy Education Minister Datuk Dr. Wee Ka Siong will overwrite those made in 2009.
Jun
Punca-punca Berlakunya Pengangguran
- penghijrahan belia dari desa ke bandar menyebabkan pengangguran berlaku terutamanya di bandar-bandar
- kelulusan akademik yang rendah
- penggunaan jentera moden hasil kemajuan sains dan teknologi seperti komputer
- penggunaan tanah yang tidak ekonomi terutamanya di desa
- belia tidak mempunyai kemahiran teknik dan vokasional
- sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan belia
Usaha-usaha Mengatasi Pengangguran
- menggalakkan belia bekerja sendiri seperti bertani, berniaga dan beternak
- memperkenalkan mata oelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar
- menggalakkan pelajar ke sekolah-sekolah vokasional dan teknik
- menyemaikan sikap berdikari dalam kalangan pelajar dari peringkat rendah lagi
- meyedarkan para belia supaya tidak terlalu memilih pekerjaan
- melengkapkan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi yang canggih
- memberikan bantuan seperti pinjaman kewangan, kemahiran dan teknologi kepada belia yang ingin berusaha sendiri
Kesan daripada Pengangguran
- belia mudah terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif yang meruntuhkan moral
- jenayah terutamanya di kota-kota semakin berleluasa; contohnya kecurian, rompakan, pembunuhan, peras ugut dan sebagainya
- bertambahnya rumah-rumah setinggan kerana penduduk tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang terlalu mahal
- banyak tanah yang terbiar dan tidak diusahakan
- ekonomi negara terbantut
Jun
Punca-punca Pencemaran Alam
- kegiatan perusahaan atau perkilangan
- asap-asap kilang meyebabkan pencemaran udara dan sisa-sisa
- pembuangan toksid menyebabkan pencemaran air
- kegiatan pembanguanan dan penerokaan hutan
- mengganggu sistem ekologi bumi
- mengakibatkan hakisan tanah
- menyebabkan bumi tiada kawasan tuduhan hujan; menyebabkan banjir
- kegiatan pengangkutan
- asap-asap kenderaan yang mengeluarkan karbon monoksida (gas beracun)
- tumpahan minyak daripada kapal tangki di laut
- kegiatan perladangan dan di rumah
- pembuangan sampah yang tidak bersistem dan penggunaan racun serangga yang berleluasa menyebabkan udara tercemar
Usaha-usaha Mengatasi Pencemaran Alam
- meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat pada semua peringkat
- mengadakan undang-undang yang lebih ketan dan mengenakan hukuman yang berat kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar
- membina kilang jauh dari kawasan kediaman
- memelihara hutan dengan menghadkan kegiatan pembalakan dan penerokaan
- usaha secara besar-besaran untuk mengawal pembangunan dan pembalakan perlu dilakukan secara berterusan untuk menggantikan hutan yang musnah
Kesan daripada Pencemaran Alam
- apabila udara, air, dan darat tercemar, kehidupan kita tidak akan selesa; kesihatan kita terganggu
- lapisan ozon akan menipis dan mengancam kesihatan
- menyebabkan penyakit kulit, kanser, hilang daya pendengaran, dan sebagainya
- bencana alam seperti banjir, tanah runtuh akan berlaku, dan mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda
- hutan sebagai kawasan tadahan hujan akan musnah dan terdedah kepada hakisan
- hidupan liar terancam dan akhirnya pupus
- air tidak selamat digunakan- bumi tidak selamat didiami
May
Usaha dan Cara Memajukan Industri Pelancongan
- mengedarkan risalah tentang keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Malaysia, misalnya tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik, tempat-tempat yang bersejarah, pelbagai kebudayaan kaum, makanan masyarakat setempat, dan sebagainya.
- memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen, dan pameran di dalam serta di luar negara.
- memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi , perhubungan, pengangkutan, pusat beli-belah, pusat hiburan dan sebagainya.
- meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan rakyat agar senantiasa bersopan santun, menjaga kebersihan alam sekitar, dan bersedia menerima kunjungan pelancong.
- menawarkan pakeh pelancongan yang berpatutan agar pelancong, khususnya pelancong luar mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke negara kita.
Kesan daripada Industri Pelancongan kepada Negara
Kesan Positif
- dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negara kita
- dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk tempatan- mengurangkan pengangguran
- dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-hasil kraftangan, seramik, dan sebagainya.
- dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat
- dapat menyemaikan perasaan akan negara dalam kalangan rakyat
- dapapt memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong dari negara Eropah dan Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia serta meningkatkan imej negara di mata dunia
Kesan Negatif
- mencemarkan kebudayaan masyarakat tempatan- pelancong menyebarkan budaya kuning yang mudah mempengaruhi golongan remaja
- penduduk tempatan mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga barang
- -contohnya: penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang dengan harga yang mahal kerana pelancong dari Singapura berupaya membeli barang yang sama dengan harga yang lebih mahal
- menular penyakit AIDS- penghidap penyakit ini meningkat di Malaysia selepas tahun 1990
- beban perbelanjaan kerajaan meningkat- berikutan ancaman dadah dan AIDS, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi menyediakan tempat pemulihan dan menampung kos hidup penagih dan pesakit
- membazirkan wang- untuk menarik pelancong, wang yang banyak diperlukan bagi tujuan promosi, pengindahan bangunan atau tempat-tempat tertentu, dan sebagainya
- masyarakat Malaysia seolah-olah ditonjolkan sebagai masyarakat yang suka berpesta dan berhibur- dapat dilihat pada malam pelancaran Tahun Melawat Malaysia
Perkembangan Industri Pelancongan
- kemudahan infrastruktur ditambah- misalna lapangan terbang dan kedai bebas cukai- tempat penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan
- kerajaan-kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam usaha menarik pelancong
- -contohnya: kerajaan Negeri Sembilan memajukan Port Dickson sebagai tempat perkelahan yang bertaraf antarabangsa; kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka sebagai tempat yang ebrsejarah kepada pelancong
May
Perkembangan Sukan di Malaysia
- perkembangan sukan pada umumnya dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri
- banyak kelab sukan yang ditubuhkan untuk memajukan sukan-sukan tertentu
- banyak syarikat yang berlumba-lumba menjadi penaja sukan
- biasiswa sukan dan skim perangsang diberikan kepada ahli sukan untuk meningkatkan pencapaian dalam sukan
- banyak institusi sukan yang dibina- jurulatih asing diambil
- beberapa kejohanan diadakan setiap tahun, seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia
- peningkatan taraf semi-prc – bola sepak
Faedah-faedah Bersukan
- membina kesihatan tubuh dan mental
- menawarkan satu peluang niaga, iaitu pengeluaran alat-alat sukan
- peluang pekerjaan dapat diwujudkan / mengurangkan masalah pengangguran
- mengeratkan hubungan dengan negara lain
- mencari bakat-bakat baru dalam bidang sukan
- mengeratkan silaturahim dan persaudaraan
Usaha-usaha Meningkatkan Mutu Sukan Negara
- program latihan sukan yang lebih teratur -misalnya projek BAM untuk badminton, projek bola sepak MILO, projek sekolah menengah
- menggunakan khidmat jurulatih antarabangsa -misalnya untuk badminton, olahraga, bola sepak dan sebagainya
- menganjurkan dan menjadi tuan rumah bagi pelbagai temasnya atau acara sukan -misalnya Bola Sepak Piala Merdeka, Badminton Terbuka, Sukan Komanwel 1988, dan lain-lain
- menyediakan subsidi dan sumbangan untuk kemajuan kelab-kelab sukan
- memajukan sukan di sekolah-sekolah
- menyediakan skim insentif kepada mereka yang berjaya di peringkat antarabangsa
May
Tujuan Diadakan Kempen
- untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kepada rakyat- contohnya : “Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia”
- untuk mempengaruhi rakyat supaya meyokong usaha kerajaan- contohnya kempen semasa pilihan raya
- untuk menyelesaikan sesuatu masalah demi kepentingan rakyat- contohnya: kempen berkongsi kereta untuk mengurangan kesesakan lalu lintas di ibu kota
- untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar melaksanakan sesuatu usaha murni kerajaan- contohnya: kempen anti dadah
- untuk menjamin suatu kehidupan yang sejahtera dan selesa seperti kempen menderma darah
Sambutan Masyarakat terhadap Kempen
- Pada pendapat saya kempen-kempen tersebut mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia
- buktinya- buah kelapa muda dari kampung dijual dengan banyaknya di bandar- harganya meningkat
- air kelapa muda dijual di hotel-hotel juga
- Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid pernah menyarankan agar kelapa dijadikan tanaman komersial
- ulam-ulam dijual dengan banyaknya di pasar malam, di pasar tani, dan di pasar raya yang utama juga
Keberkesanan Kempen
- ada kempen uang berjaya mencapai objektifnya dan ada pula yang kurang mendapat sambutan daripada masyarakat
- Contoh kempen yang berjaya :
- “Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia”- contohnya penjualan kereta nasional Proton Saga kepada rakyat meningkat dari setahun ke setahun
- “Kempen Jantung Hatiku”- sumbangan derma yang diterima oleh kerajaan daripada orang perseorangan badan korporat, dan sebagainya banyak sekali- sumbangan tersebut dapat membantu pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan
- Contoh kempen yang kurang mendapat sambutan:
- kempen menggunakan bahasa baku- tidak banyak pihak termasuk RadioTelevisyen Malaysia yang melaksanakan kempen ini
- kempen keselamatan jalan raya- banyak kemalangan yang berlaku sebagai akibat kecuaian pemandu; pengguna van masih melanggar peraturan menggunakan van, pengguna kenderaan masih banyak yang tidak mematuhi peraturan jalan raya
- kempen berkongsi kereta- masih banyak pemandu lebih menggunakan keretanya sendiri- kesesakan lalu lintas belum dapat dikurangkan
May
Kesan Pembalakan
Kebaikan
- memberikan pendapatan kepada penduduk dan negara
- menyediakan peluang pekerjaan
- membantu memperkembang industri berasaskan kayu-kayan
Keburukan
- musnahnya hutan yang merupakan khazanah yang amat bernilai
- pupusnya spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sukar ditemukan
- musnahnya habitan hidupan liar
- hakisan tanah yang teruk dan struktur tanah terganggu lalu menyebabkan tanah runtuh, banjir kilat, dsb.
- perubahan arah angin dan cuaca berlaku-bekalan oksigen berkurang
- kawasan tadahan negara terjejas
- kesuburan tanah semakin kurang
Usaha-usaha Mengekalkan Kawasan Hutan
- pengeluaran balak dikurangkan dengan menghadkan kawasan pembalakan
- kawalan di kawasan hutan diperketat; dijalankan oleh Jabatan Hutan
- penanaman semula hutan atau penghutanan semula dijalankan
- penebangan pohon yang matang saja dibenarkan
- kesedaran tentang pentingnya hutan ditingkatkan melalui pelbagai kempen di pelbagai peringkat
- penyelidikan terhadap penanaman dan pengurusan hutan ditingkatkan; dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
- hukuman yang berat terhadap mereka yang menjalankan pembalakan haram
Isu Pembalakan Haram
Cara dijalankan
- secara sulit, yakni jauh di dalam hutan / kawasan pedalaman
- di kawasan hutan yang berdekatan dengan kawasan yang dibenarkan untuk pembalakan
- di kawasan hutan simpan yang berdekatan dengan kawasan yang hendak dibangunkan
- secara penipuan dan penyelewangan dengan melibatkan orang-orang yang berpangkat dan berpengaruh
Kesan
- merugikan negara dari segi pendapatan cukai
- membahayakan keselamatan awan jika terdapat berdekatan dengan kawasan kediaman-ancaman tanah runtuh
- menyebabkan banjir kilat-kerugian harta benda dan nyawa
- mengurangkan keluasan kawasan hutan secara drastik
- menjejaskan kawasan hutan yang diwartakan sebagai hutan simpan dan kawasan tadahan hujan