Kempen

By | 29/05/2011

Tujuan Diadakan Kempen

  • untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kepada rakyat- contohnya : “Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia”
  • untuk mempengaruhi rakyat supaya meyokong usaha kerajaan- contohnya kempen semasa pilihan raya
  • untuk menyelesaikan sesuatu masalah demi kepentingan rakyat- contohnya: kempen berkongsi kereta untuk mengurangan kesesakan lalu lintas di ibu kota
  • untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar melaksanakan sesuatu usaha murni kerajaan- contohnya: kempen anti dadah
  • untuk menjamin suatu kehidupan yang sejahtera dan selesa seperti kempen menderma darah

Sambutan Masyarakat terhadap Kempen

  • Pada pendapat saya kempen-kempen tersebut mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia
  • buktinya- buah kelapa muda dari kampung dijual dengan banyaknya di bandar- harganya meningkat
  • air kelapa muda dijual di hotel-hotel juga
  • Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid pernah menyarankan agar kelapa dijadikan tanaman komersial
  • ulam-ulam dijual dengan banyaknya di pasar malam, di pasar tani, dan di pasar raya yang utama juga

Keberkesanan Kempen

  • ada kempen uang berjaya mencapai objektifnya dan ada pula yang kurang mendapat sambutan daripada masyarakat
  • Contoh kempen yang berjaya :

  1. “Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia”- contohnya penjualan kereta nasional Proton Saga kepada rakyat meningkat dari setahun ke setahun
  2. “Kempen Jantung Hatiku”- sumbangan derma yang diterima oleh kerajaan daripada orang perseorangan badan korporat, dan sebagainya banyak sekali- sumbangan tersebut dapat membantu pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan

  • Contoh kempen yang kurang mendapat sambutan:

  1. kempen menggunakan bahasa baku- tidak banyak pihak termasuk RadioTelevisyen Malaysia yang melaksanakan kempen ini
  2. kempen keselamatan jalan raya- banyak kemalangan yang berlaku sebagai akibat kecuaian pemandu; pengguna van masih melanggar peraturan menggunakan van, pengguna kenderaan masih banyak yang tidak mematuhi peraturan jalan raya
  3. kempen berkongsi kereta- masih banyak pemandu lebih menggunakan keretanya sendiri- kesesakan lalu lintas belum dapat dikurangkan
Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *