Pelancongan (Surat)

By | 08/06/2011

Rakan anda yang berada di luar negara ingin mengetahui keistimewaan yang terdapat di negara kita dan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menjelaskan perkara tersebut.

 

Pendahuluan :

  • pihak kerajaan memberikan komitmen tinggi sehingga  peringkat  kementerian  untuk menangani hal-hal yang berkaitan dengan  pelancongan
  • Kadar kemasukan pelancong asing ke dalam negara turut meningkat
  • Contohnya  pada tahun 1990 sahaja jumlah  pelancong yang masuk  ke negara kita  ialah lebih kurang 6.8 juta orang

 

Keistimewaan Malaysia :

  • keindahan flora dan fauna
  • keunikan budaya yang berbeza
  • makanan
  • tempat bersejarah

 

Usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan :

  • mengadakan promosi secara lebih agresif dan meluas sama ada di dalam ataupun di luar negara
  • melanjutkan kempen Tahun Melawat Malaysia
  • memelihara kemudahan  dan tempat-tempat  yang menjadi tumpuan pelancong
  • mengadakan usahasama dengan badan pelancongan dari luar negara
  • mencari dan mengenal pasti  tempat-tempat yang berpotensi  untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan
  • kerjasama  daripada badan-badan  korporat seperti MAS untuk mempromosikan  negara kita di luar negara
  • menanamkan kesedaran di kalangan rakyat tentang peranan mereka dalam usaha memajukan industri pelancongan yang akan memberi manfaat kepada semua
  • meningkatkan kesedaran rakyat  agar bersikap lebih mesra  terutama kepada pelancong luar dan mempunyai tatatertib yang melambangkan kehalusan budi bahasa rakyat Malaysia
  • pelancong tempatan pula  semakin  menumpukan perhatian kepada destinasi-destinasi pelancongan dalam negara

 

 

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *