KESIHATAN

By | 10/06/2011

Kepentingan Kesihatan

  • konsep kesihatan merangkumi aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani
  • membentuk masyarakat yang sejahtera dan produktif
  • mengekalkan kecergasan tubuh badan
  • menyukarkan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit
  • menjadikan otak lebih cerdas
  • menjadikan hidup lebih selesa dan bahagia
  • melancarkan tugasan harian yang dilakukan dan mencapai apa-apa matlamat yang dirancang

Cara-cara Menjaga Kesihatan

  • mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat
  • melakukan senaman dan menjalankan aktiviti rekreasi
  • mempunyai waktu rehat yang cukup
  • melakukan pemeriksaan kesihatan
  • menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, dan alam sekeliling
  • tidak mengambil sesuatu yang dapat memudaratkan kesihatan secara berlebih-lebihan seperti gula, makanan yang berlemak dan sebagainya
  • menjauhkan amalan yang dapat menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, minum minuman keras, dan sebagainya

Tahap Kesihatan Rakyat

  • cukup memuaskan, baik di bandar mahupun di luar bandar, baik dalam kalangan kanak-kanak mahupun dalam kalangan orang dewasa dan orang-orang tua
  • dapat menyaingi tahap kesihatan rakyat di negara maju
  • jarang-jarang sekali berlakunya wabak penyakit yang serius
  • kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dalam kalangan rakyat begitu tinggi
  • kawalan terhadap sesuatu penyakit mudah dan pantas dilakukan
  • perkhidmatan kesihatan disediakan di seluruh pelosok negara
  • mutu perkhidmatan kesihatan semakin baik dengan meningkatnya kemahiran pegawai kesihatan dan penggunaan peralatan yang canggih
  • mutu perkhidmatan kesihatan dikagumi dan diberi pengiktirafan hingga peringkat antarabangsa
Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *