Pelaburan asing

By | 14/07/2011

Latar Belakang

  • Pemimpin kita bertekad menjadikan Malaysia Negara perindustrian.
  • Kerajaan Malaysia sentiasa menggalakkan kemasukan pelaburan asing untuk mengatasi masalah kekurangan modal.
  • Pelaburan asing menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara.
  • Melaluinya, wawasan kerajaan dapat direalisasikan.
  • Kerajaan menggubal dasar untuk memberi jaminan serta menggalakkan pelaburan asing.

Kepentingan

Kemasukan pelaburan asing ke Negara ini memperluaskan aktiviti perindustrian dalam Negara :

  • Pelaburan asing membantu pertumbuhan ekonomi yang pesat.
  • Menawarkan peluang pekerjaan, sekali gus mengatasi masalah penggangguran di kalangan penduduk tempatan.
  • Banyak projek usaha sama yang dapat dilaksanakan, terutamanya dalam sector industri berat.
  • Skop industri dapat berkembang lebih meluas dengan adanya teknologi dan kepakaran.
  • Pengeluaran / produktiviti semakin bertambah dengan adanya permintaan dan pasaran.
  • Eksport barangan pembuatan semakin bertambah dengan adanya permintaan dan pasaran.
  • Menggalakkan kemasukan dan perkembangan teknologi canggih serta kepakaran dari luar Negara.
  • Pelabur asing mampu memindah teknologi bagi meningkatkan daya pengeluaran.
  • Membawa masuk pekerja mahir yang turut membuka peluang kepada tenaga kerja tempatan untuk mempelajari kepakaran dalam bidang tertentu.
  • Pelabur asing menggalakkan Penyelidika dan Pembangunan ( R&D) dalam industri tempatan, membantu kemajuannya, termasuk penemuan-penemuan baru.
  • Pelaburan asing turut membantu pertumbuhan guna tenaga dalam Negara, menambah jumlah guna tenaga mahir.
  • Menggalakan berkembangnya industri kecil (IKS) dan sokongan.
  • Permintaan bagi pekerja mahir dan separuh mahir terus meningkat.
  • Selain mengatasi pengganguran, turut meningkat taraf hidup rakyat Malaysia.

Pelaburan asing turut menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dalam Negara kita.

  • Bagi menjamin kelicinan perkembangan industri, kerajaan membaiki dan menambah infrastruktur awam demi kepentingan bersama.
  • Kerajaan mendirikan jalinan lebuh raya, system telekomunikasi canggih, lapangan terbang KLIA untuk menarik pelaburan dan memberi kemudahan / perkhidmatan yang lebih baik.
  • Pelabur asing turut melibatkan diri dalam menyediakan infrastruktur secara usaha sama.
  • Kemasukan pelabur-pelabur asing membolehkan lebih banyak bahan mentah dieksploitasi.

Perindustrian Negara berasaskan eksport

  • Banyak projek mengeluarkan barangan siap dilaksanakan
  • Bahan-bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, dan bijih timah diusahakan dalam Negara.
  • Menambah pendapatan Negara melalui eksport
  • Boleh mengatasi risiko seperi permintaan dan harga komoditi yang tidak stabil da pasaran global
Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *