Karangan UPSR: Pengalaman Ketika Rakan Tercedera

By | 06/08/2012

Kamu dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas kemahiran hidup. Tiba-tiba seorang rakan kamu tercedera.
Ceritakan pengalaman kamu menghadapi peristiwa tersebut.

Contoh Jawapan:
Saya dan rakan-rakan sekelas begitu gembira setiap kali kami menghadiri kelas kemahiran hidup. Kami berasa gembira kerana kelas ini mengajar kami pelbagai kemahiran hidup yang memerlukan kreativiti seperti menghasilkan penyangkut baju dan kotak simpanan pensel.
Namun pada minggu lepas, satu kejadian buruk telah berlaku ketika kelas kemahiran hidup itu sedang berlangsung. Kejadian itu berlaku selepas Cikgu Kamal memberikan tugasan kepada kami semua iaitu untuk menyiapkan rangka gambar. Beliau ketika kejadian itu berada di luar kelas.
Ali, rakan sekelas saya telah ditimpa kecederaan. Tangannya telah terluka ketika sedang membantu seorang lagi rakan saya iaitu Azmi. Kemalangan berlaku apabila Azmi hendak memotong kayu itu dengan gergaji lalu terkena tangan Ali secara tidak sengaja. Ali hanya memegang tangannya yang berlumuran darah.
Tanpa melengahkan masa, saya segera memberitahu Cikgu Kamal yang ketika itu berada di luar kelas bercakap dengan penolong kanan. Cikgu Kamal segera masuk ke dalam kelas dan memegang serta mengambil ubat pembasmi kuman lalu menyapukannya ke atas luka Ali itu sebelum membalutnya dengan menggunakan kain pembalut luka.
Kemudian, Cikgu Kamal meminta kami semua supaya bertenang dan berhati-hati apabila menggunakan alat-alat tajam di kelas itu pada masa hadapan. Beliau membawa Ali ke klinik berhampiran sekolah untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Pengarang: Noor Azman Mahat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *